Nampaknya keselamatan wanita di India tidak terjamin walaupun berada di tempat laluan orang ramai. Hal ini terbukti apabila seorang wanita berusia 43 tahun diperkosa di laluan pejalan kaki. Lebih mendukacitakan kejadian ini berlaku pada waktu siang tatkala orang awam sibuk melalui jalan tersebut.
Malah lebih mengejutkan orang ramai langsung tidak membantu wanita malang terbabit, sebaliknya mengeluarkan telefon bimbit masing-masing lalu merakam aksi jenayah itu.
Kejadian malang ini berlaku pada hari Ahad kira-kira pukul 1.00 petang semasa orang ramai lalu lalang di jalan tersebut.
Ganji Siva 20 tahun dikatakan bersembunyi di sebalik pokok di jalan yang sibuk berdekatan stesen keretapi.
Semasa mangsa melintas di depannya, Ganji segera menerkam lalu menyerangnya, kemudian melucutkan pakaian mangsa. Jeritan mangsa langsung tidak diendahkan orang ramai.
Melihat reaksi orang ramai seperti ‘berpihak’ kepadanya, Ganji terus merogol mangsa di atas jalan. Para pejalan kaki berhenti dan menonton kejadian itu, tetapi tidak ada seorang pun yang datang membantu. Sebaliknya mengeluarkan telefon bimbit dan membuat rakaman.
Dalam rakaman video, jelas kelihatan seorang lelaki melintas di depan tanpa memperdulikan mangsa.
Seorang saksi yang merakam kejadian itu pergi ke balai polis kemudian menunjukkan rakaman videonya.
Selepas mendapat laporan, polis segera menangkap Ganji. Sementara itu mangsa dihantar ke Hospital King George untuk mendapatkan rawatan kecederaan.
Comments
comments