Takashi Maeda 79 tahun seorang yang sangat dihormati dalam komunitinya. Beliau merupakan ketua majlis komuniti dan bertindak sebagai ‘pengawas’ pergi dan balik para pelajar ke sekolah.
Jadi tidak hairanlah kalau setiap hari dia sering berurusan dan berhadapan dengan pelbagai karenah anak-anak sekolah.
Pada suatu hari, seorang pelajar perempuan baru saja menyambut harijadinya yang ke-13 tahun. Sebagai ketua komuniti, tentu tidak salah bagi Takashi memberikan hadiah.
Maka pada tengahari Jumaat gadis tersebut datang ke rumah Takashi untuk menuntut hadiah yang dijanjikan. Seperti yang dijanjikan Takashi menghulurkan duit sebanyak $100 kepadanya sebagai hadiah harijadi.
Tetapi ternyata pemberian hadiah wang tunai itu tidaklah seikhlas yang disangkakan apabila Takashi mengharapkan balasan. Hutang budi harus dibayar body. Pemberian wang itu sebenarnya satu bentuk bayaran untuk mendapatkan khidmat seks gadis bawah umur!
Entah bagaimana tembelang Takashi terbongkar, polis Kyoto segera menangkapnya atas dakwaan pelacuran kanak-kanak. Sementara itu identiti mangsa tidak didedahkan memandangkan usianya masih di bawah umur.
Comments
comments