Beberapa hari dulu, riuh bagai nak ribut juga hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli berantakan yang dipercayai kerana orang ketiga, Zahirah Macwilson. Pun begitu hari ini, Kamal mendedahkan hubungannya dengan Emma kembali pulih, malah sebelum ini pun Emma ada menyebut keputusannya sebelum ini dibuat ketika marah.
BACA: “Saya Sudah Solo, Buka Hati Untuk Berkawan”
“Namun, saya tahu Emma masih marahkan saya. Jadi, biarlah saya memberinya ruang. Saya bersyukur Emma sekarang sudah mula menunjukkan perubahan dan tidak lagi dingin terhadap saya seperti sebelum ini”
“Sebelum ini, saya, Emma, Zahirah dan Zul Ariffin sudah bertemu. Kami sudah mencapai kata sepakat dan tidak akan ada isu berbangkit lagi. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya sudah memohon maaf kepada semua pihak”
Sebelum ini, Zahirah ada membuat kenyataan, meletakkan sepenuhnya kesalah terhadap Kamal yang bersikap tidak jujur dengan mengaitkan namanya. Bagaimanapun Kamal menafikan dakwaan itu tetapi terkilan dengan tindakan Zahirah yang seolah mengeruhkan lagi hubungannya dengan Emma.
“Apabila memberikan kenyataan kepada media, saya sudah menegaskan awal-awal lagi bahawa jangan kaitkan nama Zahirah kerana semuanya salah saya. Apa yang penting bagi saya masalah dapat diselesaikan dan saya sendiri mahu menyelamatkan hubungan dengan Emma”
“Kami memang tidak curang dengan pasangan masing-masing. Malah, hubungan dia dengan Zul juga tiada masalah. Mengapa dia tidak cuba membantu dan melakukan perkara sama seperti yang saya lakukan terhadap hubungan dia dengan Zul,” katanya kepada Harian Metro. (rtky/w)
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW