loading...

Monumen Ini Dibina Supaya Roh Janda Tidak Mengganggu Suami Orang

Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan mistik masing-masing. Misalnya ‘hantu’ mempunyai pelbagai nama dan gambaran yang berbeza mengikut budaya. Malah cara melindungi diri dari serangan hantu juga berbeza.

Bagi pelancong yang melawat Nong Yai di Rayong Thailand pasti merasa aneh apabila melihat sebuah kuil yang didirikan di tengah kampung mempunyai binaan zakar lelaki yang besar terbuat dari kayu.

Alasannya berkait dengan kepercayaan mistik. Penduduk kampung percaya seekor hantu yang digelar ‘hantu janda’ bertanggungjawab membunuh ramai lelaki yang sudah berkahwin di kampung mereka sejak 20 tahun lalu.

Monumen berupa zakar sepanjang 60 centimeter itu dipersembahkan kepada hantu janda supaya tidak mengganas.

Setiap tahun para wanita di kampung itu melakukan upacara menyiram air suci pada monument berbatang merah berkepala emas. Kononnya ia akan ‘menjinakkan’ hantu janda sekaligus tidak mengganggu suami mereka.

Puan Nattacha Butchali 47 tahun mendakwa cerita itu adalah benar dan bukan sekadar kepercayaan karut.

Menurutnya sejak 20 tahun lalu ramai lelaki yang sudah berumahtangga meninggal dunia penuh misteri pada waktu tengah malam.

Akibatnya ramai penduduk meninggalkan kampung kerana takut menjadi mangsa hantu janda. Ada juga yang berjumpa tukang tilik untuk mengetahui punca sebenar. Semua mendapat jawapan yang sama: hantu yang berasal dari seorang janda menyerang kampung mereka!

Biasanya malam sebelum meninggal dunia, mangsa akan bermimpi berasmara dengan wanita yang cantik. Sebenarnya wanita cantik itu adalah roh janda yang akan meragut roh mangsa.

Apabila terjaga mangsa biasanya menjadi lemah dan penat. Keesokan hari apabila isteri terjaga, mereka mendapati suami sudah meninggal dunia dalam tidur.

JADI dengan membina monument zakar lelaki yang besar diikuti dengan upacara tertentu, hantu janda bolehlah ‘memuaskan’ dirinya dengan monument tersebut tanpa perlu bersusah payah mencari mangsa suami orang.

Tidak diketahui sejauhmana keberkesanan penyelesaian ini. Tapi sekurang-kurangnya usaha mereka sedikit sebanyak membuat para isteri menarik nafas lega.  😀 😀

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...