Siapa sangka hanya disebabkan hembusan angin yang sepoi bahasa telah menyebabkan Gloria Havens ditangkap oleh pihak polis. Bagaimana hembusan angin semulajadi boleh menjadi penyebab seseorang itu ditangkap? Ceritanya begini:
Kejadian bermula apabila Havens yang berpakaian hospital dan berkot bulu bertengkar dengan seorang wanita di Southeast Isabelita Avenue. Wanita tersebut tidak membenarkan Havens berjalan di sekitar rumahnya. Tapi Havens tetap berdegil tidak berganjak.
Hilang kesabaran dengan karenah Havens, akhirnya wanita itu menelepon polis.
Apabila polis tiba di tempat kejadian, mereka mendapati Havens yang memakai kot bulu sedang mundar-mandir. Polis memberi amaran supaya Havens tidak menanggalkan kotnya.
Havens yang mendengar dengan jelas amaran itu tidak mengendahkannya, sebaliknya terus menanggalkan kot bulunya.
Beberapa ketika kemudian, angin pun bertiup. Tiupan angin itu tidak kuat, tetapi cukup untuk mengangkat dan menyelak gaun yang dipakai oleh Havens.
Sebaik gaun terselak, maka terpamerlah ‘harta Qarun’ Havens di depan mata para anggota polis dan beberapa orang awam.
Sebaik melihat alat sulit Havens, polis terus menerpa lalu menangkapnya.
Menurut Pejabat Sheriff Martin County, Gloria Havens 60 tahun ditangkap atas alasan mengganggu ketenteraman awam dengan sengaja mendedahkan alat sulitnya (dengan bantuan tiupan angin).
Jadi tidak ada yang pelik dengan insiden ini apabila hujung pangkalnya diketahui dengan jelas. Kadang-kadang, sesuatu perkara itu menjadi pelik atau sukar difahami jika tidak mendapat maklumat yang mencukupi.
Comments
comments