KUALA LUMPUR – Jenazah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif JCorp Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia di ibu negara petang ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, hari ini.
Jenazah dikebumikan 9.30 malam ini dengan kehadiran anggota keluarga, saudara-mara serta rakan-rakan terdekat.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail di sini selepas solat
Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital KPJ Damansara kira-kira 3.30 petang tadi selepas lebih dua bulan dimasukkan ke hospital berkenaan kerana barah.
Arwah meninggalkan seorang balu bersama dua anak lelaki dan seorang anak perempuan. – BERNAMA
Loading...

Dakwaan Hina Agama & Gugat Ketenteraman Awam, ...

Google Sahkan Tarikh Jualan Rasmi Pixel 9a Untuk P ...

Sukses Capai Jualan Rm250 Juta Sebelum Raya, Kontr ...

Sultan Pahang Sedih Istana Nenda Di Batu 16 Jalan ...