Mungkin ramai yang tidak percaya personaliti 'kontroversi' Azwan Ali pernah menyimpan hati pada penyanyi terkenal Ziana Zain yang kini sudah pun mempunyai empat orang anak.
"Kisah tu dah lama berlalu. Tapi sampai hari ini saya pun hairan kenapa dia tidak mahu menjejak kaki ke rumah saya walaupun puas saya mengajaknya.
"Bukan sekali, bukan dua kali tetapi berpuluh kali. Sekali pun dia tidak pernah sudi datang ke rumah saya," jelas Azwan yang masih teringat kali pertama dia berjumpa dengan Ziana.
Kata Azwan lagi, "Saya ingin tegaskan di sini, saya sukakan Ziana ketika dia seorang penyanyi baru. Bukan seperti Ziana yang sekarang. Ada sesuatu tentang dirinya yang saya suka.
"Waktu tu usia saya baru 23 tahun. Pada saya, Ziana seorang gadis Melayu yang naif, bersahaja dan menarik. Itu membuat saya sangat tertarik padanya.
"Saya ingat lagi peristiwa di sebuah hotel di mana dia telah 'reject' saya dan telah memanggil saya 'Dik Non'.
"Dia lah artis pertama yang panggil saya Dik Non. Tapi saya tak ambil hati dan masih simpan lagi sepasang kasut comel yang dibelinya di Jepun, pemberian Ziana sewaktu dia menjadi pramugari ketika itu," kata Azwan yang memberi pose menarik di almari tempat tersimpannya sepasang kasut comel itu.
Bila ditanya adakah Ziana punca hatinya tertutup pada wanita, Azwan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu.
"Ya...mungkin juga," kata Azwan menutup kisah lama itu rapat-rapat dan terus ke topik lain.
Azwan juga tidak kisah jika ada yang berkata kisahnya bersama Ziana hanya satu 'propa.'
"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting saya jujur menyatakan isi hati yang terpendam selama ini," kata pengacara terkenal yang pernah menghasilkan program menarik seperti Cit Cat Azwan dan Amboi amboi amboi.
Kata selebriti popular ini, dia juga ada mendengar sosek-sosek orang ramai tentang kononnya pengumuman dia sudah berubah sekembalinya dari umrah baru-baru ini hanya satu 'propa' juga.
"Itu pun terpulanglah. Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya berjanji dengan Allah bukan dengan you atau wartawan lain. Jadi, apa pun orang nak cakap, biar lah."
Tambahnya lagi, "Macam yang saya cakap sebelum ini, sampai bila nak kejar hal-hal dunia saja. Azwan Ali pun ada hati dan perasaan juga. Bila tuhan dah buka hati orang itu akan berubah, siapa kita hendak persoalkan," jelasnya ringkas.
KUALA LUMPUR 3 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak kes saman malu yang dikemukakan oleh personaliti TV, Azwan Ali untuk menuntut ganti rugi berjumlah RM2 juta terhadap Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan tiga defendan lain.
Hakim Datuk Dr. Kamalanathan Ratnam memutuskan kes tersebut ditolak dengan kos setelah mendapati bahawa kenyataan bekas pengacara Melodi TV3, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy tidak berunsur fitnah seperti yang didakwa oleh Azwan.
Azwan telah mengambil tindakan menyaman TV3 sebagai defendan pertama; anak syarikatnya, Ambang Klasik Sdn. Bhd defendan kedua; Micheal Christian Simon sebagai penerbit Melodi defendan ketiga dan Ogy defendan keempat.
Beliau mendakwa rancangan Melodi terbitan TV3 pada 10 Mei 1998 telah menjatuhkan maruah dan air mukanya.
Azwan, 34, menyatakan dalam pernyataan tuntutannya bahawa beliau tidak dapat menerima dialog Ogy dan seorang yang bernama Saiful atau Ah Pek sebagai gurauan, usikan atau apa juga maksud yang menyentuh dirinya.
Beliau mendakwa dialog itu berbau fitnah, malah menghina dan menjejaskan nama baik 'Azwan Ali' dengan mengambil kesempatan semasa bahan lintas langsung perkahwinan penyanyi Ziana Zain yang dimuatkan sebagai 'berita menarik' dalam rancangan Melodi pada hari tersebut.
Selain itu, Azwan mendakwa beliau mengalami tekanan dan rasa amat malu dengan gara-gara pengacara Melodi ketika itu.
Namun, dalam penghakimannya, Hakim Kamalanathan berkata, memandangkan plaintif (Azwan) gagal membuktikan kesnya terhadap Ogy (defendan keempat) maka tuntutan saman terhadap defendan lain juga ditolak dengan kos.
Tambahnya, oleh kerana beliau tidak mendapati kenyataan Ogy berunsur fitnah, adalah tidak perlu beliau menimbangkan untuk para defendan memohon maaf.
Menurut alasan penghakiman setebal 17 muka surat, Hakim Kamalanathan mengatakan bahawa plaintif memanggil dua orang saksi terdiri daripada seorang kakak Azwan, Norlia Ali dan kawan karibnya, Hamidon Md. Said.
Hakim Kamalanathan menjelaskan sebelum kedua-dua saksi plaintif itu dipanggil mereka telah berada di dalam mahkamah ketika Azwan memberi keterangan.
Apabila menjawab soalan dalam pemeriksaan balas peguam defendan, kata beliau, Norlia memberitahu bahawa ada mendengar gosip dan khabar angin di antara Azwan dan Ziana Zain.
Menurut Hakim Kamalanathan lagi, setelah bertalu-talu disoal oleh peguam defendan, Norlia mengakui bahawa adiknya itu suka pada Ziana Zain tetapi bukanlah sehingga jatuh cinta dengannya.
Mengenai diri Ogy, beliau sudah dikenali sebagai seorang artis berbakat, pengacara, penghibur, pengarah, penerbit televisyen dan bintang filem serta personaliti TV dan juga penyanyi di negara ini.
''Defendan keempat itu dikenali seorang penghibur yang ceria, suka berjenaka dalam sebarang persembahan hiburan ringan yang dikendalikannya untuk memeriahkan suasana,'' ujar hakim itu.
Hakim Kamalanathan mengatakan bahawa beliau berpeluang melihat rancangan Melodi berkenaan ditayang bagi dikaji tonton di mahkamah.
Pada pandangan beliau, kata hakim itu lagi, Ogy mempunyai kebolehan untuk merancakkan rancangan tersebut dan ini diterima sebagai suatu fakta.
Hakim Kamalanathan mengambil contoh kata-kata Ogy yang berbunyi: ''Kau ni pun jadi macam Azwan Ali-lah...Ziana Zain kawin kau orang menangis! Kenapa aku kawin kau orang tak nangis?''
Menurut hakim itu, perkataan yang diucapkan oleh Ogy dibuat secara bersahaja sebagaimana yang dicadangkan dalam rancangan Melodi yang mencuit kelucuan pada artis-artis tempatan.
Beliau menjelaskan, perkataan 'kau orang' yang bermaksud banyak peminat Ziana Zain termasuk Azwan yang mengakui meminati penyanyi berkenaan.
Oleh itu, jelas Hakim Kamalanathan lagi, jika perkataan-perkataan tersebut dianggap memfitnah maka lelaki dan wanita yang menjadi perhatian umum akan berderet-deret membuat saman fitnah.
Beliau menegaskan bahawa personaliti yang ternama seharusnya menerima kenyataan bahawa mereka tidak lagi hidup terkurung di sebalik tembok seolah-olah orang pertapaan.
Tambah beliau, sebagai personaliti, mereka mestilah menerima gelombang dan badai yang seiring dengan kemasyhuran.
"Kisah tu dah lama berlalu. Tapi sampai hari ini saya pun hairan kenapa dia tidak mahu menjejak kaki ke rumah saya walaupun puas saya mengajaknya.
"Bukan sekali, bukan dua kali tetapi berpuluh kali. Sekali pun dia tidak pernah sudi datang ke rumah saya," jelas Azwan yang masih teringat kali pertama dia berjumpa dengan Ziana.
Kata Azwan lagi, "Saya ingin tegaskan di sini, saya sukakan Ziana ketika dia seorang penyanyi baru. Bukan seperti Ziana yang sekarang. Ada sesuatu tentang dirinya yang saya suka.
"Waktu tu usia saya baru 23 tahun. Pada saya, Ziana seorang gadis Melayu yang naif, bersahaja dan menarik. Itu membuat saya sangat tertarik padanya.
"Saya ingat lagi peristiwa di sebuah hotel di mana dia telah 'reject' saya dan telah memanggil saya 'Dik Non'.
"Dia lah artis pertama yang panggil saya Dik Non. Tapi saya tak ambil hati dan masih simpan lagi sepasang kasut comel yang dibelinya di Jepun, pemberian Ziana sewaktu dia menjadi pramugari ketika itu," kata Azwan yang memberi pose menarik di almari tempat tersimpannya sepasang kasut comel itu.
Bila ditanya adakah Ziana punca hatinya tertutup pada wanita, Azwan mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan itu.
"Ya...mungkin juga," kata Azwan menutup kisah lama itu rapat-rapat dan terus ke topik lain.
Azwan juga tidak kisah jika ada yang berkata kisahnya bersama Ziana hanya satu 'propa.'
"Biarlah apa orang nak kata. Yang penting saya jujur menyatakan isi hati yang terpendam selama ini," kata pengacara terkenal yang pernah menghasilkan program menarik seperti Cit Cat Azwan dan Amboi amboi amboi.
Kata selebriti popular ini, dia juga ada mendengar sosek-sosek orang ramai tentang kononnya pengumuman dia sudah berubah sekembalinya dari umrah baru-baru ini hanya satu 'propa' juga.
"Itu pun terpulanglah. Saya tak kisah apa orang nak cakap sebab saya berjanji dengan Allah bukan dengan you atau wartawan lain. Jadi, apa pun orang nak cakap, biar lah."
Tambahnya lagi, "Macam yang saya cakap sebelum ini, sampai bila nak kejar hal-hal dunia saja. Azwan Ali pun ada hati dan perasaan juga. Bila tuhan dah buka hati orang itu akan berubah, siapa kita hendak persoalkan," jelasnya ringkas.
Mahkamah Tinggi tolak saman malu Azwan Ali