KOTA KINABALU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah bertekad untuk menambah baik perkhidmatan mereka dalam menghadapi sebarang bencana mahupun kecemasan yang berlaku.
Pengarahnya Nordin Pauzi berkata bagi mencapai hasrat itu, pihaknya mengalukan perkongsian maklumat dan pengalaman daripada rakan mereka di negeri lain.
“Di Sabah, kita memerlukan input-input daripada perkongsian di seluruh negara.
“Banyak kejadian yang berlaku di negeri lain yang akan dibawa pegawai kanan di Putrajaya untuk
dikaji, diperhalusi dan tindakan serta penambahbaikan yang boleh dikongsi supaya kita (di Sabah) lebih bersedia,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Program Pemantapan Kecemerlangan Ketua Zon dan Balai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Soiman Jahid di sini hari ini.
Nordin berkata program itu memberi peluang kepada JBPM Sabah untuk berkongsi dan membincangkan kaedah terbaik dalam mengatasi bencana dan insiden kecemasan di negeri ini. – BERNAMA
Loading...

Kajian Literatur: Maksud & Panduan Penulisan ...

Sambutan Luar Jangkaan, Pelancaran Penjana Imej 4o ...

Pemandu Bas Ekspres Positif Pil Kuda Ditahan ...

Bapa Berang Anak Dilanggar, Serang Pemandu Wanita ...