KUALA LUMPUR – Pemantauan perlu dilakukan terhadap majikan sektor swasta supaya tidak berlaku diskriminasi ke atas pekerja wanita susulan pengumuman cadangan pelaksanaan tempoh cuti bersalin mandatori yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018.
Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) melahirkan kebimbangan bahawa langkah itu akan menimbulkan layanan berbeza kepada pekerja wanita.
“Tempoh bersalin 90 hari itu relevan, tetapi saya khuatir sekiranya syarikat swasta cenderung akan lebih memilih pekerja lelaki untuk mengelak mereka menanggung kerugian dari segi kewangan dan produktiviti pekerjaan.
“Jadi, kerajaan harus fikir satu kaedah bagaimana untuk memastikan tidak timbul diskriminasi, sekali gus majikan tidak
Pada pembentangan Bajet 2018 Jumaat lepas, perdana menteri mengumumkan 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita dengan antara inisiatif ialah mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 ke 90 hari, seperti dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan awam.
Noraini turut mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan pendekatan supaya syarikat yang mempunyai pekerja seimbang antara lelaki dan wanita, diberikan insentif pengurangan cukai.
Persidangan bersambung esok. – BERNAMA
Loading...

Resepi Rendang Daging Sedap Giler ...

Resipi Lasagna Terung, Makan Panas-panas Memang Se ...

Popiah Pisang Berkeju, Manis & Rangup Dalam Sa ...

Anggota Tentera Meninggal Dunia, Atm Beri Jaminan ...