NAMA Zahirah MacWilson kebelakangan ini telah dikaitkan dengan keretakan hubungan cinta antara pelakon Kamal Adli dan Emma Maembong.
Awal hari ini, Emma pula membuat pengesahan bahawa hubungan yang terjalin selama 3 tahun bersama Kamal akhirnya putus di tengah jalan gara-gara pelakon cantik kelahiran Perth, Australia itu.
Baca: Hubungan Cinta Emma, Kamal Akhirnya Berkubur
Mungkin sudah tidak tahan ‘panas punggung’ gamaknya, Zahirah pula tampil membela dirinya dengan memuat naik beberapa keping gambar screenshot di akaun Instagram miliknya.
Entri tersebut menunjukkan bukti perbualannya dengan Kamal.
Zahirah jelas kesal dengan sikap pelakon gandingannya di dalam drama Duda Pujaan Dara itu apabila pelakon itu sengaja menggunakan namanya demi kepentingan diri bagi menyelesaikan masalah yang terjadi.
“Petik nama orang pandai, kencing girlfriend pandai, cover kesalahan sendiri kat media pandai, kutuk kawan baik pandai. If you can’t be professional don’t drag people to your mentality.
“Jangan disrespect nama orang, kerje orang dan life orang. Jadi matang sikit dan jangan nak perasan lebih. Fokus kat kerje instead of jahanamkan image orang. Tak pasal-pasal disebabkan kerje banggang macam ni, orang lain nampak teruk. Stop the storytelling,” tulis Zahirah di ruangan caption gambar tersebut.
Pelakon baru berusia 22 tahun itu juga kesal kerana dia tidak dapat mengesan ‘taktik’ Kamal yang kelihatan seperti sengaja untuk mewujudkan hubungan cinta lokasi bagi ‘mengenakan’ Emma.
Bagaimanapun, Kamal turut mengakui kesilapannya yang mewujudkan masalah dan dia juga turut mengakui bahawa hal itu telah pun diselesaikan dengan baik.
Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 31, turut menekankan bahawa dia dan Zahirah tidak pernah keluar berkaraoke berdua, sebaliknya mereka keluar secara beramai-ramai selepas tamat penggambaran drama tersebut.
Namun, menurut mStar Online, Kamal ada mengeluarkan kenyataan yang mengatkan dia berasa agak tertekan dan enggan melayan isu yang sedang hangat itu.
“Entahlah saya sudah penat gila, saya malas nak komen dan layan perkara ini kerana ia akan jadi lebih buruk.
“Isu ini sepatutnya sudah selesai sebab kami semua sudah berjumpa minggu lalu,” kata Kamal dipetik daripada mStar Online.
Tambah pelakon utama filem Gerimis Mengundang itu, dia tidak menyangka bahawa Zahirah telah bertindak mengeruhkan lagi keadaan.
Baginya, orang ramai pasti boleh menilai sendiri kebenaran yang sebenar.
“Saya tidak tahu mengapa Zahirah bertindak demikian. Tapi biarlah, saya pun sudah penat biar orang ramai menilainya sendiri.
“Saya tidak perlu komen kerana perkara ini hanya akan menampakkan kami bodoh sahaja,” ujarnya lagi.
Difahamkan sejak minggu lalu, Emma mengakui bahawa dia bersama Kamal telah pun berjumpa dengan Zahirah dan kekasihnya, Zul Ariffin bagi menyelesaikan masalah itu.
Jadi, kalau masalah dah selesai, kenapa masih ada lagi cerita lain yang keluar? Haihh… Macam-macam hal lah artis Malaysia ni.
Bercinta dah lama, bila dah jadi macam ni tiba-tiba keluarkan kenyataan nak putuskan hubungan. Sebelum ni tak mengaku pun tengah bercinta?
Sebelum ini Emma Maembong pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Zizan Razak namun hubungan itu juga turut hancur di tengah jalan walaupun dah kecoh kononnya mereka akan mendirikan rumah tangga ketika itu. – MYNEWSHUB.CC/AA
Loading...