KUALA LUMPUR – Dua gadis membuat pengakuan tidak puas hati mereka menerusi satu rakaman video jadi tular di media sosial.
Video berdurasi 1:00 minit itu merakamkan pandangan dua gadis itu menyelar tindakan segelintir pihak yang mengecam mereka sekali gus menyatakan bahawa mereka tidak peduli langsung dengan kecaman tersebut.
“Korang ingat korang tu bagus sangat ke nak ajar-ajar kiteorang.
“Korang ingat korang sape? Ahli syurga? Ini tengok tali bra ni tak nak kecam? Tengok rambut color-color ni tak nak kecam?,”kata seorang daripadanya.
Menerusi video itu juga, kedua mereka turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang ‘sibuk’ menjaga tepi kain orang lain agar tidak lagi bertindak sedemikian, kerana ahli keluarga mereka juga tidak memberikan sebarang teguran terhadap mereka. -SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW