PARIS- Datuk Bandar Paris berkata, bandar itu akan membelanjakan 1.5 juta euro (RM7 juta) untuk menangani masalah tikus di ibu negara Perancis itu dengan menyediakan lebih banyak bekas habuk rokok awam untuk membersihkan jalan di bandar ini.
Dalam temu bual mingguan dengan Journal du Dimanche, Datuk Bandar, Anne Hidalgo mengumumkan pelan 10 perkara yang bertujuan menjadikan kebersihan sebagai ‘keutamaan.’
Langkah itu termasuk meningkatkan bilangan pekerja kebersihan dan pemeriksa kesihatan, melanjutkan lagi masa untuk pungutan sampah dan mendesak restoran dan bangunan untuk menyediakan lebih banyak tempat habuk rokok di pintu masuk dan keluar.
Pekerja perbandaran mengumpul lebih daripada 150 tan puntung rokok setiap tahun di Paris.
“Kami memperuntukkan STG500 juta (RM2.4 bilion) setahun untuk kebersihan dan pengurusan sisa … dan keadaan kini bertambah baik. Tetapi apa yang jelas, Paris belum benar-benar bersih,” katanya
Disember lalu Paris dikritik hebat selepas didakwa melengah-lengahkan usaha itu sebelum melancarkan apa yang digelar “perang ke atas tikus”.
Kebanyakan kritikan itu ditujukan kepada Hidalgo dan ketua perkhidmatan kesihatan alam sekitar di bandar ini. – AFP/bh
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW