loading...

Video : Fathul Bari Sifatkan Aktivis Mahu Tangkap Zakir Naik Kurang Bijak

KUALA LUMPUR – Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari

Mat Jahaya menyifatkan aktivis yang ‘mengutuk’ dan mahu menangkap penceramah bebas, Dr Zakir naik sebagai kurang bijak.

Beliau berkata, aktivis yang memfailkan tuntutan tersebut tidak seharusnya berbuat demikian  Kerana ia sebenarnya telah melanggar hak kebebasan bersuara bagi orang lain.

 

“Apa yang mereka failkan itu bagi saya tidak relevan dan kurang bijak kerana dalam mereka mempromosikan ‘Human Rights’, ‘Freedom of free’, bila mereka cakap kurang ajar, maki. Dr Zakir tidak mengungkapkan maki hamun  hina-hinaan tidak pernah ada. Dia akan jawab dengan fakta.

“Jadi kamu orang yang bijak jawablah balik dengan fakta. Yang paling tidak bijak sekali dakwaan yang yang saya baca dalam tu samada daripada mereka atau orang lain dimana tuduhan yang dibuat terhadap Dr Zakir naik adalah peristiwa pengeboman yang dilakukan di Bangladesh adalah dilakukan oleh seorang pengikut Dr Zakir di laman Facebooknya. Dan hasil daripada perkara itu lalu tuduhan tersebut menganggap Dr Zakir sebagai ‘terorrist’ hanya kerana pengikutnya,”katanya.

Tambahnya, pengikut Dr Zakir berjuta orang ini telah memperlihatkan tuduhan itu tidak rasional.

Terdahulu, Aktivis human rights yang turut diwakili peguam Siti Kassim memfailkan tuduhan dan mahukan penangkapan ke atas Dr Zakir kerana disifatkan sebagai pengganas.-SuaraTV

 

 

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...