loading...

Video :Dana Yawas Lambat Terima, Hanya Beri Pada Penyokong DAP

KUALA LUMPUR – Ketua Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos menggesa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menjawab pertanyaan berhubung dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang diselewengkan.

Beliau berkata, mengapa dana YAWAS lambat diterima dan hanya diberikan kepada penyokong parti DAP sahaja.

“Sebenarnya apa yang beliau katakan dengan membawa timbunan file ke lobi parlimen kononya beliau (Teresa) kononnya beliau ikhlas sebenarnya tidak. Pada asalnya beliau menafikan menerima dana daripada YAWAS, tetapi sehari selepas itu beliau mengaku beliau menerima dana.

“Semalam, beliau mengatakan apa salahnya beliau menerima dana YAWAS, hampir RM2 juta. Setakat ini ada tujuh kes yang telah lebih daripada 83 hari yang masih lagi belum mendapat RM1000 yang beliau sebutkan. Jadi mengapa mereka yang tujuh orang ini (saya tidak mahu dedahkan kerana bimbang penerima ini terasa)

“Bagaimana duit rakyat Selangor ini boleh disalurkan kepada MP (ahli parlimen) wilayah, walaupun beliau telah menjawab, untuk memudahkan rakyat Selangor yang tinggal di Wilayah untuk mendapatkan bantuan, tetapi saya juga mempertikaikan, bagaimana rakyat yang duduk di dalam Selangor ini juga yang bukan penyokong mereka walaupun telah berdaftar tetapi tidak mendapat dana daripada YAWAS. Kecualilah ahli mereka. Kerajaan Selangor ini adalah kerajaan parti bukan kerajaan untuk rakyat negeri Selangor,”katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau yakin dan percaya apa yang Teresa lakukan itu demi kepentingan politik mereka.

“Kerana daripada segi data nama-nama yang saya perolehi ini memang jelas orang yang menerima dana di  Seputeh ini adalah merupakan daripada penyokong dan dan ahli-ahli DAP,”katanya.

Dalam pada itu, Jamal turut mengalu-alukan saman yang bakal dibuat terhadapnya.

“Jadi kenyataan Teresa Kok untuk menyaman saya, saya mengaku-alunan dan saya akan membuat ‘majlis’ untuk menerima saman itu,”tegasnya.

 

Teresa semalam mengugut untuk menyaman Jamal kerana menuduh beliau menyeleweng wang YAWAS.
Menurut Teresa dalam sidang media di lobi parlimen, tuduhan Jamal itu fitnah terhadap beliau dan pimpinan Pakatan Harapan di Selangor.

Teresa juga semalam menunjukkan resit dan dokumen berkaitan dengan tuntutan yang dibuat oleh parlimennya kepada YAWAS.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...