loading...

SKMM Lancar Portal ‘Sebenarnya.my’ Semak Kesahihan Berita

CYBERJAYA – Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) melancarkan sebuah portal sebenarnya.my iaitu platform kepada orang ramai bagi menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial.

Menerusi portal itu, SKMM akan mendapatkan pengesahan daripada pihak terlibat atau menyemak maklumat rasmi bagi mendapatkan laporan yang tepat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, portal dibangunkan SKMM itu merupakan antara satu usaha kerajaan untuk mengekang penularan laporan palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita benar-benar sahih.

Katanya, sehingga kini, SKMM telah mengenalpasti hampir 1,000 berita palsu berkaitan kepentingan awam yang tular di negara ini.

“Maklumat yang berkaitan akan dikumpulkan, dianalisa, disahkan dan seterusnya dimuatnaik dalam portal itu untuk rujukan rakyat Malaysia.

“Usaha ini tidak terhenti setakat itu, sebaliknya kita akan terus memantau, mengumpul dan mengemaskini maklumat berita palsu yang disebar bagi memastikan masyarakat mempunyai sumber rujukan terkini, tepat dan sahih,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran portal sebenarnya.my di sini hari ini. – UTUSAN



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...