loading...

‘Russia-Gate’, Trump Isytihar Sokongan ‘Penuh’ Pada AG

Presiden Amerika Donald Trump berkata beliau mempunyai “penuh” keyakinan terhadap Peguam Negara Jeff Sessions, walaupun pembangkang mendesak Sessions meletak jawatan selepas pendedahan mengenai pertemuan dengan duta Russia tahun lalu.

Presiden itu berkata beliau tidak merasakan yang Sessions perlu menarik diri ekoran keputusan Jabatan Kehakiman untuk menyiasat penggodaman Internet oleh pihak Rusia ke atas Parti Demokratik dan hubungan Moscow dengan kempen Trump.

Trump berkata Sessions – yang menafikan secara bersumpah dalam pendengaran pengesahan pada bulan Januari mempunyai hubungan dengan Rusia semasa kempen pilihan raya – “mungkin” memberi keterangan yang benar.

Trump berkata beliau tidak mempunyai pengetahuan mengenai pertemuan Sessions dengan duta itu: “Saya tidak tahu langsung.”

Semalam, Sessions berkata beliau tidak akan melibatkan diri dalam sebarang siasatan Jabatan Kehakiman terhadap dakwaan hubungan antara kempen pilihan raya presiden Trump dan kerajaan Rusia.

Persoalan mengenai hubungan itu, sudah mengakibatkan seorang pembantu Trump melepaskan jawatan dan Demokrat kini menggesa Sessions pula untuk meletak jawatan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...