loading...

Nasi Kandar Line Clear Dakwa ‘Disabotaj’

GEORGE TOWN — Nasi kandar popular Line Clear mendakwa perniagaannya “disabotaj” ekoran arahan penutupan premis selama dua minggu kerana isu kebersihan.

Tidak menyebut mana-mana pihak, pemiliknya Abdul Kader Zainul Abidin menyifatkan tempoh hukuman sehingga 27 Mac depan sebagai “berat” dan pemintaannya supaya dikenakan kompaun diendahkan, lapor Berita Harian.

Katanya aduan mengenai tikus berkeliaran dalam sistem saliran sudah dibuat kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) minggu lalu sebelum pihaknya menyembur racun pada Jumaat.

“Pihak berkuasa sepatutnya tahu mengenai aduan yang saya buat dan tidak boleh menuduh kami tidak menjaga kebersihan, sedangkan restoran ini tidak pernah berdepan masalah serius sebelum ini.

“Biasanya dalam kes kebersihan restoran arahan penutupan hanya dibuat dalam tempoh yang singkat. Tetapi kami diarah menutup operasi sehingga 27 Mac, selain permintaan supaya dikompaun tidak dilayan pihak berkuasa,” katanya seperti dilapor akhbar itu.

Satu lagi premis yang berdekatan, Restoran Yasmeen juga terbabit dengan arahan tutup berkuat kuasa semalam.

Sup Hameed bagaimanapun hanya dikenakan denda RM1,000.

“Kami dapati ada tikus mati dan yang masih hidup, begitu juga lipas, di premis-premis makanan itu, jadi Jabatan Kesihatan arah tutup,” kata seorang ahli majlis. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...