loading...

Mana Hilangnya Adi Putra?

KE mana hilangnya Adi Putra tanya beberapa rakan Mary Jane baru-baru ini. Bila dirisik bukan pelakon berkenaan bukanlah hilang daripada radar terus tapi khabarnya langsung tak muncul mempromosikan filem Kanang Anak Langkau sejak sebulan yang lalu.
Ketika majlis pelancaran trailer filem berkenaan, kelibat Adi tak pula kelihatan. Bila acara tayangan untuk media pun tak nampak batang hidung. Tak tahu pula ke mana Adi menghilang memandangkan pelakon biasanya diperlukan pada waktu begini.

Namun begitu pelakon yang lain tetap menghadirkan diri dalam beberapa acara yang sudah diatur termasuklah rangka promosi. Tapi Adi tetap tak muncul membuatkan ramai yang musykil apa sebenarnya yang berlaku.
Pun begit, kalau mengikut desas-desus yang disampaikan daripada beberapa rakan Adi, pelakon berkenaan khabarnya menjeruk hati gara-gara beberapa hal yang melibatkan filem berkenaan.

Kata mereka babak lakonan Adi banyak tapi selepas proses suntingan terus kelibat hero kesayangan ramai ini tak banyak dipaparkan. Pendek kata peranan Adi dalam filem ini terus nampak kecil. Betul ke begitu?

Tapi Mary Jane tak rasa Adi akan bersikap begitu. Adi profesional dan rasanya isu ini tak akan menjadi kudis dalam hatinya. Tak begitu? Mungkin juga Adi sibuk dan tak sempat menghadiri mana-mana acara yang diatur.-Utusan



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...