loading...

Gambar Berdua Bukti Rumah Tangga Nazim-Bella Utuh

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini kecoh kononnya rumah tangga Nazim Othman dan Bella Dally dikatakan berantakan gara-gara si isteri memadam semua gambar dalam Instagram.

Namun, pelakon itu yang selama ini lebih suka mengambil sikap berdiam diri dilihat memuat naik gambar berdua di Sabah sekali gus membuktikan cinta mereka tetap utuh.

“Sudah boleh berhentilah bertanya di mana Bella kan. Ha ha ha!….,” tulisnya menerusi laman Instagram yang disertakan gambarnya bersama Bella di sebuah hotel di Sabah. Difahamkan, Nazim ke negeri di bawah bayu itu bagi menemui isterinya yang pulang ke kampung.

Bukan sekadar sekeping gambar, Nazim turut memuatkan satu lagi gambar romantis berlatarkan pantai bersama teman hidupnya itu yang dinikahi pada 10 September 2016.

“Bersama, kita menjadi berkuasa dengan cara tersendiri,” katanya lagi dengan maksud perkataan yang cukup simbolik bagi melambangkan kekukuhan ikatan cinta mereka.

Terdahulu, ketika aktres berkenaan memadam semua gambar Nazim sehingga ditafsir ramai sebagai perkahwinan mereka bermasalah, beliau seakan enggan melayan sebarang spekulasi.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...