loading...

Fitnah, Hasutan Boleh Hancurkan Umno – Noh

Anggota UMNO digesa supaya memperkukuhkan perpaduan demi kelangsungan parti pada masa akan datang.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar berkata parti kini berdepan dengan hasutan dan fitnah daripada pihak lawan yang bertujuan melemahkan UMNO.

“Kalau kita nak berjaya…nak menang dalam pilihan raya, asas ini (perpaduan) mesti kuat.

“Kalau nak tengok UMNO terus berkuasa, kita mesti bersatu padu bersama-sama dengan pimpinan parti kita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian persidangan berkelompok UMNO cawangan Bahagian Jelebu di Simpang Pertang di Jelebu, malam tadi.

Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jelebu yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pertang Datuk Jalaluddin Alias.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, berkata sekiranya setiap anggota mengambil tanggungjawab memelihara perpaduan, tiada sebab untuk UMNO mengalami kekalahan pada pilihan raya.

“Kita kena ingatkan kepada semua anggota kita bahawa fitnah dan hasutan ini boleh menghancurkan kita.

“Begitu juga dengan rakyat yang apabila dihasut demi kepentingan pembangkang, akhirnya yang rugi adalah rakyat itu sendiri,” katanya.

Majlis perasmian itu dihadiri kira-kira 1,000 anggota. UMNO Bahagian Jelebu mempunyai 56 cawangan.- Bernama



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...