loading...

Demi Anak, Matt LeBlanc Ingin Bersara Awal

LOS ANGELES: Pernah popular dengan watak Joey Tribbiani menerusi sitkom Friends, Matt LeBlanc, mahu bersara lebih awal dalam dunia seni hiburan iaitu pada awal usia 50-an.

Menerusi sebuah portal, pelakon yang bakal menjangkau usia 50 tahun pada Julai ini dilaporkan berkata, beliau tidak mahu menghabiskan masa dengan kesibukan kerja yang tidak henti-henti sehingga mengabaikan diri dan keluarga.

“Saya akan bersara pada awal usia 50 tahun. Saya mahu mengubah semula kehidupan harian saya. Jika tidak, kita akan sentiasa sibuk dengan kerja,” katanya.

Tambah LeBlanc, sudah tiba masanya untuk beliau mengetepikan kerjaya dan meluangkan lebih banyak masa terhadap kehidupan peribadi.

Lebih-lebih lagi, beliau ingin memberikan perhatian terhadap anak perempuannya bersama bekas isteri, Melissa McKnight, iaitu Marina, 13.

“Saya percaya, pada usia remaja, anak kita memerlukan perhatian daripada ibu bapa, lebih daripada segala-galanya,” ujar pelakon yang turut membintangi filem Charlie’s Angels itu. Sitkom Friends pernah menghiburkan penonton selama sedekad, bermula pada tahun 1994 sehingga 2004.

Selain itu, LeBlanc juga mengacarakan program pemotoran terkenal, Top Gear.-Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...