loading...

Dadah: Malaysia Sukar Ikut Jejak Duterte

SHAH ALAM – Malaysia dilihat sukar untuk mengikuti jejak langkah Filipina dalam menangani isu dadah yang kian berleluasa kini.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu bukan sahaja tidak sesuai malah akan mencetuskan kontroversi di negara ini.

“Mengikut pandangan peribadi saya, ia tidak sesuai dilakukan di Malaysia, mungkin di Filipina boleh kerana presiden mereka mempunyai caranya yang tersendiri tetapi tidak negara ini.
“Lagipun ia boleh menimbulkan kontroversi kerana ada banyak pihak akan menimbulkan isu hak asasi manusia dan sebagainya,” katanya ketika ditemui di Sinar Harian, semalam.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah mengotakan janji beliau untuk memerangi dadah dalam manifestonya sebelum ini.

Sejak dilantik pada Mei tahun lalu, dianggarkan ribuan maut dalam operasi perangi dadah tersebut akibat dibunuh oleh pihak berkuasa dan juga orang awam.

Selain itu, hampir 60,000 penagih dadah menyerah diri pada kerajaan selepas Duterte menggalakkan rakyat negara itu membunuh pengedar dan penagih dadah.

Tambah Lee lagi, Malaysia juga masih mempunyai sistem perundangan yang perlu diikuti dalam menangani masalah ini.

“Kita di sini perlu ikut sistem perundangan di mana mereka yang ditangkap dan dikaitkan dengan dadah perlu diberikan peluang dibawa ke mahkamah, sebab itulah saya mencadangkan diadakan mahkamah khusus untuk mereka ini melalui proses undang-undang sebetulnya.

“Lagipun, ada aspek lain yang perlu diambil kira seperti hak asasi manusia serta unsur penganiayaan, kita tidak boleh menolak kemungkinan kejadian seperti itu terjadi, oleh itu, kes seperti ini harus dibawa ke mahkamah dan diadili,” katanya lagi.-Sinar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...