Datuk Lee Chong Wei membuktikan kehebatan dan berada dalam kelas tersendiri selepas berjaya memenangi kejohanan All England buat kali keempat di Barclaycard Arena sebentar tadi.
Pemain No. 1 dunia itu melakar kemenangan straight sets 21-12, 21-10 dengan menundukkan wakil dari China, Shi Yuqi dalam tempoh 45 minit.
Beliau pertama kali memenangi kejohanan badminton tertua di dunia itu pada 2010 diikuti 2011 dan 2014.
Itu merupakan kemenangan ketiga Chong Wei ke atas lawan yang sama selepas kali pertamanya melakukannya di Terbuka Kanada pada 2015 dan Terbuka Jepun setahun kemudian.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW