loading...

Anak Tak Suka Nasi, Ubah Cara Memasak. Olah Sumber Karbohidrat Lain

Anak semakin membesar bertambah sukar menjinakkan selera makan. Kalau dahulu makanan berasaskan nasi seperti bubur menjadi kegemaran. Namun kini nasi tidak lagi tidak lagi mahu disentuh sekali gus menjadikan ibu buntu.

Seringkali ibu mengeluh si kecil tidak lagi meminati sajian berasaskan nasi walhal ia adalah makanan ruji utama rakyat Malaysia. Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menimbulkan masalah. Tapi mama perlulah bijak mengolah sumber karbohidrat yang lain menjadi sajian utama atau snek yang membekalkan tenaga dan khasiat buat si kecil.

Jangan give up mama, Pa&Ma menyediakan 16 resipi yang boleh anda sediakan untuk si kecil.

Roti Canai Sambal Udang

Bahan-bahan:

1 keping roti canai sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang

10 ekor udang | dibersihkan

1 ½ biji bawang besar | dihiris

1 batang serai | diketuk

1/2 cawan air asam jawa

2 sudu makan sos tiram

Garam secukup rasa

3 sudu makan  minyak masak

Bahan kisar:

3 ulas bawang putih

2 inci halia

12 tangkai cili kering | dibuang biji dan direbus

1 biji bawang besar

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
  2. Masukkan bahan kisar. Masak hingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Tuangkan air asam jawa, sos tiram serta serai.
  4. Kemudian masukkan udang, garam dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5 – 7 minit atau sehingga mendidih. Angkat.
  5. Potong roti canai kepada 4 bahagian. Sudukan sambal udang ke atas setiap kepingan roti canai tersebut. Hidangkan.

Capati Ala Piza

Bahan-bahan:

1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang

1 keping isi dada ayam | dihiris nipis

20gm bawang putih | dicincang

1/2 cawan bawang besar

3 sudu makan puri tomato

1 sudu teh serbuk cili

1/4 sudu teh oregano

1/4 sudu teh lada sulah

1/4 sudu teh lada hitam

3 sudu makan minyak masak

Garam secukup rasa

Hiasan piza:

1/2 biji bawang besar | dihiris

1/4 cawan keju mozarela

1/4 cawan lada benggala hijau dan kuning | dihiris memanjang

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis isi ayam yang telah diperap bersama garam dan lada hitam sehingga separuh masak.
  2. Masukkan puri tomato sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam, oregano, serbuk cili dan lada sulah.
  3. Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan lada benggala untuk hiasan piza sehingga sedikit layu. Angkat.
  4. Sudukan isi ayam dan kuah tomato yang dimasak tadi ke atas capati.
  5. Hiaskan dengan bawang besar, lada benggala dan taburkan keju mozarela secukupnya.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 5 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dihidangkan.

Roti bakar telur mata kerbau

Bahan-bahan:

2 keping roti

2 biji telur

1 tangkai daun bawang | dihiris

Keju parut secukupnya

Serbuk lada putih dan cili flake secukupnya

Loyang 4 segi

Cara-cara:

  1. Letakkan roti di atas kuali tanpa lekat. Bakar sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  2. Pecahkan telur di atas kuali tanpa lekat, tabur chili flake, lada sulah dan dan daun bawang. Buatkan telur mata kerbau. Angkat.
  3.  Letakkan di atas roti bakar tadi dan hidangkan. Sedia untuk dinikmati.

Spageti Bolognese

Bahan-bahan:

450gm spageti | direbus dengan sedikit minyak dan garam

200gm sos tomato puri

500gm daging cincang

500gm sos pasta

180gm cendawan butang

2 biji bawang besar | dipotong dadu

4 ulas bawang putih | ditumbuk

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Cara-cara memasak

  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga perang dan berbau wangi.
  2. Masukkan sos tomato puri. Masak sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pula sos pasta dengan campuran herba. Kacau rata sehingga sebati. Jika kering tambah sedikit air.
  4. Kemudian masukkan daging dan gaul sehingga mendidih.
  5. Masukkan cendawan dan kacau lagi.
  6.  Akhir sekali sesuaikan rasa kuah dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Untuk hidangan, tuang kuah atas spageti dan tabur keju di atasnya.

Roti Canai Coklat & Mentega Kacang

Bahan-bahan:

1 keping roti canai sejuk beku

50gm coklat | dicairkan

30gm mentega kacang

20gm kacang tanah | dikisar

Sedikit minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan masak roti canai segera sehingga menjadi warna perang.
  2. Sementara masih panas, sapukan coklat dan mentega kacang dengan secukupnya.
  3. Kemudian taburkan sedikit kacang yang sudah dikisar.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Capati Sos Pisang

Bahan-bahan:

1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga berwarna perang

4 sudu makan mentega

1 cawan gula perang

1/2 cawan krim putar

1 sudu makan esen vanila

2 biji pisang | dipotong bulat                     

Cara penyediaan:

  1. Satukan krim putar, gula dan mentega ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api dan reneh selama 6 minit. Kacau sekali-sekala.
  3. Dengan berhati-hati masukkan esen vanila. Adunan akan menggelegak. Kacau dan masak selama 1 minit lagi. Tutup api.
  4. Tuangkan ke atas capati kemudian hiaskan dengan hirisan pisang yang telah siap dipotong.

Roti Canai Sayuran Berkeju

Bahan-bahan:

1 keping roti canai segera | dimasak hingga berwarna perang

1 cawan keju mozarela

1/2 cawan lobak merah | dihiris

1/2 cawan kubis bulat | dihiris

1 ½ cawan susu segar

3 sudu makan mentega

1 sudu makan tepung gandum

1 sudu makan keju parmesan

3 ulas bawang putih | dicincang

Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Cairkan mentega dan masukkan tepung. Kacau bersama sehingga menjadi roux.
  2. Kemudian masukkan susu segar. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  3. Apabila kelihatan pekat, masukkan keju parmesan, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan sayur-sayuran dan gaul sehingga sebati.
  5. Sudukan sayuran tadi ke atas roti canai dan taburkan sedikit keju mozarela secukupnya. Gulung roti canai dengan kemas.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150°C selama 5 minit. Keluarkan dan potong kecil.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Capati Bolognese

Bahan-bahan:

2 keping capati sejuk beku

100gm daging cincang

30gm puri tomato

20gm bawang besar

10gm sos tomato

10gm bawang putih

20gm tomato

5gm oregano

Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dan masak capati sehingga perang. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  3. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging bertukar perang.
  4. Masukkan tomato dan lobak merah. Biarkan sehingga sayur lembut.
  5. Kemudian masukkan tomato puri, sos tomato dan air. Kacau hingga sebati. Perasakan dengan oregano dan garam secukup rasa.
  6. Biar kuah mendidih dengan api perlahan dan menjadi pekat. Padamkan api.
  7. Gulung capati tadi dan potong nipis. Hidangkan bersama sos bolognese.

Spageti oglio olio

 Bahan-bahan:

1 bungkus spageti
100gm udang

100gm tiram

50gm sotong

1 biji bawang besar | dipotong dadu

4 ulas bawang putih | diracik halus

1 kiub ayam

Garam secukup rasa

Basil kering, parsli secukupnya

Parsli segar secukupnya untuk hiasan

Minyak zaitun secukupnya untuk menumis

Cara memasak:

  1. Rebus spageti di dalam air yang telah diletak sedikit garam dan minyak zaitun. Masak hingga spageti lembut
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Selepas itu, masukkan tiram, udang dan sotong. Kacau rata sehingga hampir masak
  4. Masukkan kiub ayam, garam secukup rasa dan chili flakes.
  5. Kemudian masukkan spageti yang telah direbus dan ditos air. Kacau hingga sebati & masak keseluruhan
  6. Hidangkan dengan hiasan taburan parsli segar dan sedia untuk dinikmati.

Lasagne daging

Bahan-Bahan:

6 keping lasagne segera

Bahan inti:

400gm daging kisar

200gm keju mozarela

2 biji tomato | dipotong dadu

1/2 batang lobak merah | dipotong dadu

1 ulas bawang putih | dicincang

1/2 biji bawang besar | dipotong dadu

125ml pes tomato ( guna sos spageti tradisional Prego)

125ml sos cili

Air secukupnya

Serbuk oregano secukupnya

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit minyak untuk menumis

Bahan sos keju:

20gm mentega

2 sudu besar tepung gandum

240ml susu segar kotak

50gm keju mozarela @ cheddar

Garam secukup rasa

Serbuk lada sulah secukupnya

Cara –cara:

Inti:

  1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali,  tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan lobak merah dan kacau sehingga layu.
  2. Selepas itu masukkan daging kisar,pes tomato dan sos cili. Kacau rata sehingga daging empuk.
  3. Kemudian masukkan sedikit air, tomato, serbuk oregano, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit sehingga airnya kering. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.

Untuk sos keju:

  1. Panaskan mentega sehingga cair. Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  2. Perlahan api dan tuangkan susu ke dalamnya. Kacau rata dan masukan keju. Gaul lagi hingga sebati.
  3. Akhir sekali masukan garam dan lada sulah. Kacau sebati. Ketepikan.

Cara menyusun lasagne:

  1. Sediakan bekas tahan panas sapukan minyak di sekeliling bekas.
  2. Susun lasagne. Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya. Taburkan keju mozarela.
  3. Susun lagi lasagne dan ulangi proses yang sama sehingga tiga lapisan. Di atas sekali tabur keju mozarela.
  4. Panaskan ketuhar selama 15 minit pada suhu 180°C. Bakar lasagne dengan api atas dan bawah selama sejam. Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan.

Bread pizza fingers

Bahan-bahan:

1 buku roti baguette | dipotong serong

4 sudu makan pes tomato

10 biji tomato ceri |dibelah dua

10 keping pepperoni

60gm daun basil segar |dicincang kasar

1 sudu teh herba kering Italy

Keju mozarela secukupnya

Garam dan lada hitam secukupnya

Cara memasak:

  1. Sapu pes tomato ke atas hirisan roti baguette secukupnya.
  2. Susun pepperoni, tomato ceri dan daun basil segar secukupnya.
  3. Tabur herba kering Italy, garam dan lada hitam secukup rasa.
  4. Kemudian tabur keju mozarela di atas roti.
  5. 5. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C – 190°C selama 20 minit atau hingga masak.

Wedges berempah

Bahan-bahan:

2 biji ubi kentang putih

½ sudu teh paprika

½ sudu teh campuran herba kering Italy

Garam, lada sulah dan sedikit gula perang

Serbuk roti secukupnya

Mayones secukupnya

Cara memasak:

  1. Ubi kentang dibersihkan dan dipotong baji. Tos airnya.
  2. Gaul ubi kentang bersama paprika, campuran herba kering, garam, lada sulah dan gula perang hingga sebati. Perapkan beberapa jam di dalam peti sejuk.
  3. Panaskan minyak masak di dalam kuali, goreng ubi kentang yang telah disalut dengan serbuk roti hingga keperang-perangan.
  4. Paipkan mayones secukupnya ke atas kentang goreng.
  5. Sedia dihidangkan dan dinikmati.

Chicken crunchy bites

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam | dipotong kecil

1 sudu makan sos tiram

½ sudu teh lada sulah

½ sudu teh garam

Tepung jagung secukupnya

Cara memasak:

  1. Perap dada ayam bersama sos tiram, lada sulah dan garam. Simpan di dalam peti sejuk beberapa jam atau semalaman.
  2. Selepas itu salut ayam dengan tepung jagung secukupnya.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga kuning keperang-perangan.
  4. Hidangkan panas bersama sos pilihan.

Chicken fingers

Bahan-bahan:

2 keping dada ayam | potong memanjang nipis

1 biji telur | pukul dengan garpu

1 sudu makan sos tiram

½ sudu teh lada sulah

Garam secukup rasa

Serbuk roti secukupnya

Cara memasak:

  1. Gaul hirisan dada ayam dengan sos tiram, lada sulah dan garam secara rata. Perap sejam atau semalaman di dalam peti sejuk.
  2. Celup dada ayam ke dalam bancuhan telur.
  3. Kemudian salut dengan serbuk roti secukupnya.
  4. Panaskan minyak masak yang banyak di dalam kuali dan goreng hingga keperang-perangan dan garing.
  5. Angkat dan hidangkan panas bersama sos pilihan atau mayones.

Tofu cheesy ball

Bahan-bahan:

3 ketul tauhu

1 biji telur

½ batang lobak merah | diparut halus

2 sudu makan parutan keju mozarela

1 sudu teh sos tiram

Garam dan lada sulah secukupnya

Serbuk roti secukupnya

Cara memasak:

  1. Hancurkan tauhu hingga lumat di dalam mangkuk.
  2. Masukkan lobak merah parut, sos tiram, parutan keju, telur, garam dan lada sulah secukup rasa.
  3. Selepas itu tambah sesudu makan serbuk roti dan gaul rata.
  4. Bentukkan menjadi bebola kecil dan salut dengan serbuk roti.
  5. Akhir sekali, panaskan minyak di dalam kuali. Goreng bebola tauhu hingga kekuningan.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...