Lima tahun diuji tanpa kehadiran cahaya mata dalam hidup pasangan ini, dan lima tahun jugalah pasangan ini masih setia beraya berdua.
Baca:
Kalau Suami Suruh Anak Terus Buat, Tapi Kalau Isteri Suruh Anak Tak Buat
Ujian terhebat bagi pasangan yang telah berkahwin apabila tidak dikurniakan zuriat. Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat begitu juga dengan pasangan Puan Raihana Kadir dan suami. Namun mereka tidak berputus asa dan sentiasa berfikiran positif untuk mendapatkan cahaya mata.
Siapa sangka raya kali ini sangat bermakna bagi pasangan ini apabila sudah lima tahun beraya berdua. Tahun ke-6 mereka dapat beraya bersama tiga cahaya mata sekaligus. Puan Raihana juga tidak terfikir akan melalui detik indah ini.
Menerusi laman Facebook, penasihat kewangan itu meluahkan rasa syukur apabila dikurniakan tiga anak kembar setelah menanti dengan penuh kesabaran sejak berkahwin pada 2014.
#cabaranrayabersama
5 tahun raya berdua.. tahun ke6 raya
semoga yang berusaha dapat merasai apa yang diimpikan.. aamiin.. jangan putus asa ya.. keep positive.. saya pun tak pernah terfikir akan melalui detik ini..
Jika sebelum ini hari raya hanya disambut mereka berdua, namun tahun ini lebih bermakna dengan kehadiran bayi kembar tiga mereka iaitu Huda, Harras dan Haris.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan hampir 3 ribu perkongsian di laman Facebook. Ramai yang menjadikan kisah ini sebagai pembakar semangat untuk tidak berputus asa demi mendapatkan zuriat.
Boleh jadi inspirasi
Allahuakbar, Cantiknya aturan Allah
Ambik semangat
Sumber: RaiHana Kadir
Tinggalkan Komen

Llama 4: Ai Baharu Meta Yang Kurang Berat Sebelah ...

15 Tahun Jadi Makeup Artist Ni First Time Aku ...

Seorang Penunggang Motosikal Maut Bertembung Denga ...

Hlym Lancar Yamaha Y15zr Edisi Khas (2025), Harga ...