loading...

Puteri Dubai Lari Bersama Bekas Perisik Perancis

PUTERI Sheikha Latifa, anak kepada pemerintah Dubai, yang dilaporkan hilang di perairan Goa, India, dikatakan mengikut seorang lelaki yang merupakan bekas perisik Perancis.

Latifa, hilang bersama-sama dengan lelaki itu, Jean-Pierre Herve Jaubert, yang merupakan warga Amerika Syarikat.

Dalam satu rakaman video, Latifa, 33, memberitahu dia melarikan diri dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) kerana tidak mempunyai kebebasan apatah lagi sebagai anak perempuan kepada pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.

Dalam klip video selama 40 minit itu, Latifa mendakwa dia hidup umpama dalam penjara, disiksa dan dipukul sepanjang hidupnya.

Sementara itu, pengasas sebuah firma guaman yang membantu masyarakat bermasalah di UAE atau luar negara, Radha Stirling berkata, Latifa difahamkan bersembunyi di atas kapal layar dengan Jaubert dan seorang lagi rakyat Britain sebelum hilang

Tidak diketahui bagaimana Latifa mengenali Jaubert. Latifa mula berhubung dengan Radha pada 26 Februari lalu namun sejak 4 Mac lalu, Radha langsung tidak mendengar khabar dari Latifa.

Manakala Jaubert pula terkenal dengan buku ‘Escape from Dubai’. Dia adalah bekas tentera laut Perancis dan menjadi ejen sulit hingga 1993. Dia kemudiannya berpindah ke Florida untuk membuka sebuah syarikat pembinaan kapal selam.

Pada 2004, seorang ahli perniagaan Sultan Ahmed bin Sulayem menjemput Jaubert ke UAE. Jaubert kemudiannya bertanggungjawab terhadap sebuah syarikat baru di Dubai iaitu Dubai World.

Selepas Dubai World berdepan dengan masalah, polis menuduh Jaubert menyonglap wang manakala Jaubert pula menuduh sistem negara itu korup..

Menurut laporan, Jaubert telah menyamar untuk melarikan diri dari Dubai dengan memakai jubah manakala peralatan skuba dipakai di dalam jubah itu.

Dia berjaya melarikan diri dari negara berkenaan pada bulan Mei 2008.

Kini, gerakan mencari kedua-duanya sedang giat dilancarkan. – Mynewshub.cc

Loading...

Previous
Next Post »
loading...