Kredit foto: Instagram.com/jihanmuse
Para peminat pelawak Jihan Muse mula mengajukan soalan akan bilakah masa anak sulungnya yang berjantina lelaki akan diperkenalkan setelah hampir dua bulan selamat dilahirkan.
Soalan itu ditanya peminat di akaun Instagramnya setelah Jihan memuatnaik foto dan kapsyen bersempena ulangtahun perkahwinannya yang kedua bersama pelakon Ungku Hariz.
Kebanyakan netizen ternanti-nanti untuk menyaksikan wajah anak pasangan itu yang masih belum dimaklumkan namanya.
Tetapi, pasangan ini telah menggunakan nama gelaran 'Baby Ninja' bagi bayi tersebut.
Dalam pada itu, ucapan Jihan bagi meraikan ulangtahun perkahwinannya itu mencuit hati peminat dimana dia menggunakan bahasa istana.
Kapsyen itu berbunyi, "Wahai sekalian rakyat siber! Sempena hari ulang tahun perkahwinan yang kedua ini beta titahkan semua rakyat bergembira dan senyum sepanjang hari".
Bahkan, Jihan menyuruh pengikutnya supaya mengampunkan kesalahan orang lain untuk menyucikan hati dan menjalani kehidupan dengan gembira.
"Maafkan semua orang, bersihkah hati dan hidup dengan bahagia. Kalau sakit hati sangat simpan sambung esok. Hari ini matikan segala bad mood, bad vibes dan bad mouth.
"Marilah jadi 'citizen of net' yang baik. Jangan lupa selit doa untuk kebahagiaan kami sekeluarga juga ya. Sekian dari balairung sewa. Assalamualaikum," tulisnya.
Jihan dan Ungku Hariz mendirikan rumahtangga pada 20 Mac 2016 dan pasangan itu dikurniakan anak sulung pada 25 Januari lepas.
Sumber berita:
1. myartis.com
2. mStar Online
3. Instagram.com/jihanmuse