Ciptaan produk tidak terhad kepada jantina. Di kala kebanyakan produk di dunia ketika ini hasil ciptaan lelaki, namun wanita juga tidak ketinggalan untuk menyumbang kepada dunia.
Seperti dalam artikel yang lalu, iluminasi.com ingin berkongsi hasil 8 sumbangan wanita dalam penciptaan produk berguna.
1. Suar isyarat marin
Pada zaman dahulu komunikasi di antara kapal-kapal sangat terhad kepada bendera berwarna, tanglung dan jeritan. Namun masalah itu tidak lagi dihadapi apabila Martha Coston mencipta suar isyarat (signal flares).
Idea penciptaan ini bukanlah seluruhnya daripada Martha, kerana beliau terjumpa buku nota milik arwah suaminya. Beliau kemudiannya menghabiskan masa 10 tahun bekerjasama dengan ahli kimia dan pakar piroteknik untuk merealisasikan idea tersebut.
Pada tahun 1859, ia dipatenkan dan Martha dinamakan sebagai pentadbir manakala arwah suaminya dikredit sebagai pencipta.
2. Gergaji bulat
Seorang tukang tenun, Tabitha Babbitt adalah manusia pertama yang mencadangkan supaya pekerja kayu balak menggunakan gergaji bulat untuk memotong, berbanding menggunakan gergaji yang memerlukan dua orang dan hanya berfungsi jika ditarik.
Pada tahun 1983, Tabitha telah menghasilkan prototaip gergaji tersebut dan memasang pada roda mesin tenunnya. Kemudiannya ciptaan itu mahu dipatenkan oleh beliau namun komuniti yang dikenali sebagai Shaker ketika itu tidak meluluskan pemfailan paten, dan mengambil kesempatan terhadap ciptaan tersebut.
3. Sitem komunikasi rahsia
Hedy Lamar merupakan pelakon dan ikon kecantikan Austria. Beliau membuktikan bukan sahaja mempunyai rupa paras menawan malah sangat pintar.
Hedy telah mencipta Sistem Komunikasi Rahsia yang membantu mencegah mesej rahsia daripada diketahui oleh pihak musuh ketika Perang Dunia Kedua.
Ciptaan Hedy bersama George Anthiel telah menerima paten pada tahun 1941. Sistem tersebut menggunakan torpedo kawalan jauh atau teknologi lompatan frekuensi untuk berfungsi.
Sistem ini memberikan asas kepada penciptaan Wi-Fi dan GPS zaman moden. Hedy Lamar dimasukkan dalam senarai pencipta wanita paling penting dalam abad ke-20.
4. Kabinet katil lipat
Katil lipat berkabinet telah dicipta lebih daripada 100 tahun oleh Sarah E. Goode. Ciptaanya itu dipatenkan pada tahun 1885, menjadikan Sarah wanita Amerika Afrika pertama yang diberikan paten di Amerika Syarikat.
15 tahun kemudian ciptaan baru yang diberikan nama "Katil Murphy" terhasil.
5. Scotchguard
Pada tahun 1952, seorang ahli kimia yang bekerja di syarikat 3M, Patsy Sherman berasa hairan dan bingung apabila terlihat getah fluorokimia yang jatuh ke atas kasut pembantu makmal tidak tertanggal.
Getah tersebut tidak mengubah warna kasut tersebut malah menjadi kalis kepada air, minyak dan cecair yang lain. Patsy mendapat idea untuk menghasilkan sesuatu bersama pencipta bersama, Samuel Smith.
Produk itu diberikan nama Scotchguard.
6. Kaca lutsinar
Saintis wanita pertama di syarikat General Electric, Katharine Blodgett telah menemukan cara untuk memindahkan salutan monomolecular nipis kepada kaca dan logam pada tahun 1935.
Teknik tersebut telah berjaya menghasilkan kaca yang menghilangkan silau dan herotan. Ciptaan ini telah merevolusikan produk seperti mikroskop, kamera, kaca mata dan banyak lagi.
7. Bahasa pengaturcaraan komputer
Siapa cakap lelaki sahaja pakar dalam pengkomputeran. Pada tahun 1950, seorang saintis komputer iaitu Dr. Grace Hopper dan pasukannya telah mencipta program perisian komputer mesra pengguna yang, iaitu COBOL pada tahun 1950.
Bahasa pengaturcaraan komputer ini antara yang pertama di zaman moden. Beliau juga telah merekabentuk komputer Mark 1 bersama-sama Howard Aiken pada tahun 1944. Pada tahun 1969, anugerah Computer Science Man of the Year Award yang pertama di dunia dianugerahkan kepada Grace Hopper.
8. Sistem pemanasan tenaga suria
Pada tahun 1947, ahli biofizik dan peneraju tenaga suria, Maria Telkes bekerjasama dengan seorang arkitek, Eleanor Raymon untuk membina rumah yang dijana keseluruhannya oleh tenaga solar pertama di dunia.
Saintis dari Hungary ini telah mencipta penjana kuasa termoelektrik untuk menyediakan pemanasan bagi Rumah Dover di Scotland. Beliau menggunakan garam Glauber iaitu garam dari asid sulfurik untuk menyimpan haba pada musim sejuk yang teruk.
Rujukan :
1. Famous Inventors
2. Mental Floss