loading...

“Biar cerai bini, yang penting dapat itu…”

Paellas Mohule 39 tahun sedang bersantai melayari internet. Dia tertarik membaca sebuah iklan yang menawarkan perkhidmatan ‘pasangan hidup’ berpengkalan di Amerika Syarikat.

Matanya galak melihat para model berposing seksi dalam lamanweb tersebut.

“Harga USD2,600 setiap seorang!” Dahinya berkerut melihat harga yang ditawarkan.

Tetapi setelah dipertimbangkan, harga itu memang berbaloi dengan kecantikan mereka. Ada pelbagai bangsa; asia, mat salleh, kulit hitam, latin – tinggal pilih saja yang mana berkenan.

Mohule diam seketika. Kepalanya mendongak. Matanya terkebil-kebil. Otaknya ligat mencongak sesuatu. Kemudian dia tersentak persis beruk terkejut melihat segudang pisang.

“Aih… cukup rupanya,” bibirnya mengukir senyum. Rupanya dia mampu membeli perkhidmatan yang ditawarkan.

Siapa sangka pendapatan yang disimpan hasil bekerja sebagai jurujual kereta di Gaborone, Botswana mampu membiayai keinginannya untuk memiliki pasangan cantik setaraf supermodel.

Tanpa membuang masa Mohule melakukan pembayaran. Dalam masa seminggu, kekasih barunya akan sampai di depan rumah diterbangkan khas dari Amerika. Tidak sabar dia menunggu minggu depan!

Sedang dia leka diulit fantasi menikmati ‘keladzatan’ bakal kekasih baru made in Amerikanya, tiba-tiba kelibat isterinya yang sudah menggeleber sana sini dan 4 orang anak mereka menerjah benaknya.

“Pedulikan dia,” bisik hati Mohule. Dia tetap nekad dengan keputusannya.

Semasa bersemuka dengan isterinya dalam rumah, dia membuka bicara semanis mungkin. Tenang saja dia sampaikan perkhabaran ‘gembira’ kepada isterinya. Kali ini biarlah isterinya berehat. Biarlah tugas berat dan meletihkan di atas ranjang dipikul oleh ‘madunya’ yang bakal tiba dari Amerika.

Belum habis dia berbicara soal kemanisan bermadu, isterinya sudah menyinga. Habis bersemburan liurnya menghamun Mohule.

Sebaliknya Mohule yang sedang kemaruk mahu merasa nikmat ‘berbinikan’ supermodel tidak memperdulikan amarah berapi isterinya. Bayaran sudah dibuat. Suka atau tidak, madunya akan sampai minggu depan.

Mohule memberi kata dua kepada isterinya – sedia bermadu ATAU cerai!

“Aku pilih cerai!” tegas isterinya! Mohule berlapang dada menerima keputusan itu.

Seminggu kemudian, seperti yang diharapkan, kekasih baru Mohule tiba di depan pintu rumah dilengkapi dengan buku tatacara penggunaan produk.

Cantik! Memang cantik. TAPI…

“Tak kisahlah apa orang kata. Walaupun kekasih baruku ini cuma sebuah patung silicon, TAPI ia tidak pandai membebel seperti jandaku,” tegas Mohule mempertahankan keputusannya bercinta dengan ‘patung dewasa’ yang dibeli secara online dari Amerika.

“Tentang belanja anak, usah khuatir, setiap bulan tetap kuberikan,” ujar Mohule lagi.

Jadi buat para pembaca yang dihormati, apa pendapat kalian berkenaan perbuatan si Mohule ini? Patutkah dia menceraikan isterinya semata-mata kemaruk mahu bercinta dengan patung silicon?

Previous
Next Post »
loading...