Kredit foto: Instagram.com/littlemisskhan
Tidak lekang dengan kontroversi, adik kepada Neelofa, Ameera Khan yang baru-baru ini seolah-olah memandang rendah jenama telefon Samsung, sekali lagi menjadi kecaman netizen.
Menerusi sebuah kemaskini di Twitter, dia mengeluarkan kenyataan seperti memandang rendah akan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Saya tidak memasuki sekolah antarabangsa untuk mengambil SPM. Kelakar sungguh," tulisnya.
Menyifatkan kenyataan itu sebagai riak, rata-rata netizen mula meluahkan rasa meluat dengan Ameera, tak kurang ada yang menyentuh kejayaan
Malah, ada yang berpendapat kenyataan kurang cerdik itu berpunca dari sikapnya yang tidak gemar membaca buku berdasarkan sebuah video yang menjadi tular baru-baru ini.
Tak cukup dengan itu, segelintir netizen menasihati Ameera agar berhenti melakukan perkara yang dapat memberi kesan negatif terhadap ibu bapanya.
Ameera juga didakwa masih muda, tidak mempunyai pendapatan sendiri dan masih bergantung kepada kakak dan keluarganya.
Untuk makluman, sekolah antarabangsa menetapkan pelajarnya untuk menduduki IGCSE, bukan SPM.
Namun, difahamkan kini terdapat sekolah antarabangsa di Malaysia yang mewujudkan sistem seperti sekolah biasa yang mengkehendaki pelajarnya mengambil SPM.
Sumber berita:
1. myartis.com
2. Twitter Ameera Khan

Ancelotti Dilaporkan Setuju Bimbing Brazil ...

Saya Dikhianati.. Lee Seunggi Putus Hubungan D ...

Rudiger Perlu Ubah Sikap ...

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Meri ...