Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital pada 3 Mac lalu kerana parah dilibas berkali-kali dengan pedang samurai oleh kekasihnya. Akibat serangan itu dia dijangka memerlukan jangka waktu 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.
Alex Lovell mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian tubuh akibat dilibas oleh teman wanitanya Emily Javier. Alasannya sangat remeh. Emily berang kerana Lovell terlalu ketagih bermain permainan komputer.
Berangnya meningkat apabila mendapat tahu Lovell menginstall perisian Tinder dalam telefon bimbitnya. Dia menuduh Lovell berkelakuan curang.
Tidak mahu sengketa berpanjangan, Lovell memadam aplikasi tersebut untuk menenangkan hati Emily.
Lovell mengaku dia sangat ketagih bermain permainan komputer sehingga menghabiskan masa 12 hingga 13 jam menghadap komputer. Walaupun begitu, dia tidak mengaku curang terhadap Emily.
“Saya sangat jarang meluangkan masa bersama dengannya. Saya membiarkan dia keseorangan,” luahnya kesal.
Emily datang menyerang ketika Lovell tidur nyenyak tanpa sebarang perlindungan. Sudah tentu Lovell tidak berdaya menahan serangan itu. Dia cuma mampu memeluk Emily yang ketika itu sedang berang sambil berkata, “aku cintakan kamu” berulangkali.
Pujuk rayu Lovell akhirnya melembutkan hati Emily yang kemudian menghubungi pihak berkuasa. Polis segera bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi paramedik. Lovell bernasib baik kerana sempat diselamatkan oleh doctor.
“Dia menghubungi pihak berkuasa dan menyelamatkan nyawa saya. Saya harap itu diambilkira dalam perbicaraan,” luah Lovell.
“Keadaan agak rumit. Saya fikir dia sangat memerlukan bantuan,” tambahnya lagi.
Kini Emily ditahan atas dakwaan cubaan membunuh. Dia dikenakan ikat jamin sebanyak USD350,000. Perbicaraan akan diadakan pada 7 Mei 2018.