loading...

5 Mercu Tanda Popular Dunia Yang Gagal Disiapkan

pembinaan klcc mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan 2

Pembinaan sesebuah bangunan pada zaman ini mengambil masa yang tersangat cepat, disebabkan teknologi yang canggih dan tenaga buruh yang murah. Ia membuatkan pembangunan dunia menjadi sangat pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

pembinaan klcc mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan

Namun disebalik semua ini, terdapat beberapa bangunan atau monumen yang gagal disiapkan atas sebab-sebab tertentu. Kali ini iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda mengenai 5 mercu tanda popular di seluruh dunia yang gagal disiapkan sehingga kini.

5. Piramid Neferefre

piramid neferefre mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan

Firaun zaman Mesir purba, Neferefre telah membina sebuah piramid di tanah perkuburan Abusir. Firaun Neferefre mati terlebih dahulu sebelum piramid ini siap, membuatkan ia ditukarkan menjadi makam dan rumah mayat.

Ia mula dibina dengan tapak seluas tapak Piramid Sahure. Pembina piramid ini telah mengorek sebuah lubang di tengah-tengah tapak dimana ruang pengebumian terletak.

Koridor pintu masuk dibina di bahagian utara dan sebuah parit dibina menjadi laluan ke lubang tersebut. Beberapa bahagian badan mayat firaun dijumpai dan mengatakan firaun ini mati ketika berusia 22 atau 23 tahun.

4. Menara Hassan

menara hassan mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan

Juga dikenali sebagai Tour Hassan, menara yang sangat besar terletak di Rabat, Morocco ini juga mengalami nasib yang sama. Projek yang diarahkan oleh Yaqub al-Mansur pada abad ke-12 ini sepatunya menjadi menara tertinggi di dunia pada ketika itu dan masjid yang dilengkapi dengan menara-menara ini menjadi yang terbesar di dunia.

Namun, 4 tahun selepas kematian Yaqub, pembinaan dihentikan. Masjid besar ini sepatutnya menjadi pusat kepada ibu negara baru dan meraikan kejayaan sultan mengalahkan Kristian Sepanyol.

menara hassan mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan 2

Menara yang siap hanyalah berketinggian 44 meter, separuh daripada apa yang dirancangkan. Terdapat kira-kira 200 tiang terbina di kawasan ini menunjukkan betapa besarnya masjid ini jika ia disiapkan, yang mampu menampung 20,000 orang jemaah. 

Pada tahun 2012, Menara Hassan telah diberikan Status Warisan Dunia.

3. Monumen Nasional Scotland

monumen nasional scotland mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan 2

Terletak di atas Bukit Calton di Edinburgh, Scotland, Monumen Nasional Scotland yang sepatutnya menjadi kebanggaan nasional ini sebaliknya digelar sebagai "Scotland’s shame" disebabkan pembinaan yang tidak siap.

Ia sepatutnya menjadi tugu peringatan bagi tentera dan pelayar Scotland yang terbunuh ketika Perang Napoleon.

monumen nasional scotland mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan

Tapak monumen ini dibina pada tahun 1824 namun pembinaannya dihentikan pada tahun 1829 disebabkan wang peruntukan yang disediakan telah habis.

Beberapa cubaan menyiapkan monumen ini dilakukan tetapi gagal. Jika ianya siap, monumen ini akan menyerupai Parthenon di Athens.

2. Gereja La Sagrada Familia

la sagrada familia mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan

La Sagrada Familia merupakan sebuah gereja di Sepanyol, dan masih belum siap. Ia bukanlah disebabkan oleh terbengkalai, tetapi masih dalam pembinaan sejak tahun 1882. Kini ia sudah 70% siap dan mereka mula membina 6 buah menara utama.

Setelah lebih daripada 130 tahun pembinaan, kini ia hanya memerlukan kurang dari 10 tahun untuk siap yang dijangka siap pada tahun 2026.

la sagrada familia mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan 2

Jumlah kos pembinaan gereja ini adalah mustahil untuk dihitung namun peruntukan tahunan kira-kira RM104 juta yang dibiayai oleh derma peribadi.

Menara tertinggi gereja ini kini setinggi 172 meter menjadikannya antara strutktur keagamaan tertinggi di Eropah. 

1. Hotel Ryugyong

hotel ryugyong mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan

Terletak di negara di bawah pemerintahan Supreme Leader Kim Jong-Un iaitu Korea Utara, Hotel Ryugyong sepatutnya dibuka pada tahun 1989. Walaubagaimanapun struktur bangunan ini tak pernah disiapkan. Ketika pembinaan, ia bakal menjadi bangunan ke-7 paling tinggi dan hotel paling tinggi di dunia.

Pembinaan bermula pada tahun 1987 namun disebabkan kejatuhan ekonomi, segala kerja-kerja terpaksa dihentikan. Hotel ini sepatunya mempunyai 3,000 buah bilik, 7 buah restoran, kasino dan kelab malam.

hotel ryugyong mercu tanda popular dunia yang gagal disiapkan 2

Berbentuk seperti piramid, hotel ini tidak pernah dikunjungi namun pembinaan semula bangunan 105 tingkat ini dikatakan akan dilakukan semula. Beberapa kali hotel ini disambung pembinaan semula namun masih belum dibuka. 

Gambar terbaru menunjukkan terdapat kren dan kenderaan pembinaan di sekitar bangunan ini yang memungkinkan pembinaan semula berlaku tak lama lagi.

Previous
Next Post »
loading...