loading...

Mengapa Jari Sukar Digerakkan Ketika Cuaca Sejuk?

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk

Pernah tak anda dalam keadaan tergesa-gesa untuk menghantar mesej kepada seseorang yang penting, tapi anda tak dapat nak menaip dengan laju, ataupun tak dapat taip langsung disebabkan tangan anda terlalu sejuk?

Mesti pernah kan? Dan pernah tak terfikir bagaimana ia berlaku? Kenapa cuaca yang terlalu sejuk membuatkan tersangat sukar untuk menaip, main alat muzik, menulis, atau apa sahaja yang memerlukan anggota badan untuk dilakukan?

Pengurangan peredaran darah ke anggota badan

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 2

Apabila persekitaran menjadi sjuk, badan anda akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian kaki dan tangan. Ada sebab mengapa badan anda berbuat demikian. Apabila sejuk, badan anda melihatkan situasi ini sebagai satu "ancaman" kepada kelangsungan hidup.

Dan dalam usaha untuk memastikan anda tak mati, badan akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian tersebut. Ia dilakukan supaya teras badan iaitu bahagian tengah badan di mana tempat letaknya organ-organ yang paling penting, terpelihara dan terlindung daripada kesejukan. Darah memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal suhu badan kita.

Peranan darah dalam mengawal suhu badan

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 5

Bagi yang belum tahu, darah adalah sangat penting dalam membekalkan oksigen kepada setiap sel dalam badan. Sistem peredaran manusia berfungsi dengan sempurna dalam membekalkan oksigen kepada setiap organ dengan mencukupi.

Darah kita membawa darah yang beroksigen dari jantung, menghantarkannya ke sel-sel dan ditukarkan dengan darah tak beroksigen.

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 0

Darah-darah tak beroksigen ini kemudiannya dibawa ke paru-paru lalu dikumuhkan dengan bantuan sistem pernafasan.

Bukan itu sahaja, darah juga membantu mengekalkan suhu yang selamat di dalam tubuh manusia.

Plasma darah

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 7

Penentuan suhu badan dicapai melalui apa yang dipanggil sebagai plasma darah. Plasma darah adalah elemen darah berwarna kekuningan yang membawa sel-sel darah. Ia membentuk kira-kira 55% daripada jumlah darah dalam badan. 

Satu perkara yang penting mengenai plasma darah adalah protein yang penting untuk proses pembekuan darah sebenarnya terkandung dalam plasma darah.

Plasma darah boleh menyerap dan membebaskan haba yang memabntu mengekalkan suhu badan yang betul dan selamat.

Kelajuan peredaran darah

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 8

Selain itu, kelajuan peredaran darah juga membantu dalam mengawal selia suhu badan. Apabila suhu persekitaran menjadi rendah, saluran darah akan mengecil menyebabkan kehilangan haba yang minima.

Sebaliknya, apabila suhu persekitaran tinggi atau panas, saluran darah yang sama akan mengembang membenarkan peredaran darah menjadi lebih perlahan, dan mengakibatkan pembebasan hapa yang lebih banyak oleh badan.

Inilah bagaimana badan mengawal suhu badan yang membuatkan kita tidak berasa terlalu panas atau terlalu sejuk, iaitu melalui pergerakan darah dalam badan.

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 9

Kembali kepada soalan asal, apabila suhu persekitaran sangat sejuk, pengaliran darah ke anggota badan seperti tangan, kaki dan jari-jemari dikurangkan, bagi memastikan badan anda kehilangan haba dengan sedikit yang mungkin.

Namun seperti yang anda tahu, semua bahagian badan memerlukan bekalan darah berterusan, jadi apabila bahagian badan tertentu kekurangan darah dan oksigen bagi jangka masa yang panjang, sel-sel di bahagian ini akan mula mati. Ini menyebabkan mangsa frostbite kehilangan anggota badan.

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 01

Oleh kerana anggota badan ini (kaki, tangan, jari) menjadi semakin sejuk, tindak balas kimia yang diperlukan untuk mengecilkan otot-otot berdekatan juga terkesan. Otot-otot yang membantu anda menggerakkan jari terletak di lengan anda, tetapi jika ianya menjadi terlalu sejuk, jari anda sama ada akan berasa lemah, sakit ataupun tak berfungsi seperti biasa.

Akibatnya, anda tak boleh melakukan perkara yang melibatkan pergerakan jari dengan cepat dan tepat.

Juga terdapat fenomena "sendi jari kaku", di mana jari menjadi terlalu kaki untuk bergerak, yang biasanya terjadi akibat masalah cecair sinovial.

Cecair sinovial

mengapa jari susah naik taip ketika cuaca sejuk 02

Cecair sinovial adalah cecair likat yang biasanya terdapat pada sendi tulang manusia, dan memainkan peranan penting dalam melincirkan permukaan sendi. Pada suhu yang sejuk, cecair ini menjadi lebih likat daripada biasa. 

Ketebalan cecair sinovial ini membuatkan jari anda berasa "tegar" ketika sejuk. Ini adalah satu lagi sebab mengapa jari anda tak dapat bergerak dengan tepat dan pantas apabila berada dalam cuaca atau suhu yang sejuk.

Rujukan:

1. Biology

2. Science

3. Push Doctor

Previous
Next Post »
loading...