loading...

Ayah Berpakat Dengan 2 Rakan Menggilir Anaknya

Seorang ayah yang tertarik dengan anaknya sejak bertahun lalu akhirnya bertindak nekad. Dia berpakat dengan dua orang rakan dengan menjadikan anaknya sebagai pemuas batin mereka secara bergiliran di sebuah rumah.

Mangsa sudah berusia 35 tahun dan berstatus janda. Dia tinggal sebumbung dengan ayahnya yang berumur 50an sejak berpisah dengan suami.

Sebelum kejadian, si ayah mengajak mangsa pergi ke Kamlapur. Mereka bertemu dengan rakan ayahnya yang dikenali sebagai Maan Singh.

Selepas itu mangsa dibawa ke sebuah rumah yang terletak di Lucknow milik seorang lagi rakan bernama Meraj.

Sebaik tiba di situ, mangsa menjadi pemuas batin ketiga-tiga lelaki tersebut selama 18 jam.

Walau bagaimanapun, pada keesokan hari mangsa berjaya melarikan diri lalu membuat aduan di balai polis.

Setakat ini polis India sudah menangkap seorang suspek dan masih memburu ayahnya dan seorang lagi yang terlibat.

Previous
Next Post »
loading...