Parasit ialah organisma yang hidup menumpang diatas atau didalam badan perumah untuk kelangsungan hidup. Setiap aktiviti seperti makan, minum, berkumuh, membiak, semuanya bergantung kepada perumahnya. Sebab itulah ia boleh membahayakan malah membunuh perumahnya.
Terdapat pelbagai jenis parasit yang ada diatas muka bumi ini. Setiap parasit mempunyai cara tersendiri untuk kekal hidup. Namun, terdapat 5 jenis parasit yang telah terbukti secara saintifik boleh mengawal dan hijack otak perumahnya sehingga setiap tingkah laku perumah itu boleh dikawal seperti kereta kontrol.
CACING GORDIAN
Cacing Gordian bergantung sepenuhnya kepada cengkerik untuk hidup. Ia hidup dalam otak cengkerik, membesar dan mendapatkan segala nutrisi daripada perumahnya. Apabila ia sudah besar dan matang untuk membiak, ia kan menghasilkan sejenis protein yang akan mengawal sistem navigasi cengekerik tersebut. Cengkerik yang malang itu akan menjadi keliru, bergerak dan melompat diluar kawalannya untuk mecari kawasan yang berair.
Parasit ni kemudiannya akan ‘menyuruh’ perumahnya untuk lompat kedalam air dan mati kelemasan. Selepas itu ia akan keluar untuk mecari pasanga, membiak dan bertelur. Telur-terlurnya nanti akan dimakan oleh serangga-serangga kecil yang kemudiannya akan dimakan oleh cengkerik yang lain. Begitulah cara cacing-cacing gordian meneruskan kehidupan.
VIRUS RABIES
Virus rabies bukan lagi asing dalam kalangan rakyat malaysia. Malah, sejak kebelakangan ini, kes penyakit anjing gila yang disebabkan oleh virus ini telah berjaya mencuri perhatian media.
Ia biasanya hidup dalam tubuh mamalia, seperti anjing dan manusia. Apabila seekor anjing misalnya dijangkiti oleh oleh virus rabies menerusi gigitan anjing yang lain, virus ini akan merebak daripada kawasan yang yang digigit ke bahagian otak. Ia akan mengakibatkan keradangan otak dan akhirnya membunuh perumahnya.
Tetapi sebelum perumahnya mati, ia akan menyebabkan perumahnya menjadi sangat ganas, meningkatkan penghasilan air liur yang mengandungi virus rabies malah menyukarkan perumahnya untuk menelan. Faktor-faktor inilah yang menyebabkan si perumah akhirnya gigit mamalia yang lain dan menyebarkan virus rabies kepada perumah yang baru.
Walaupun merbahaya, virus ini boleh dikawal menerusi vaksin.
OPHIO-CORDYCEPS
Ophiocordyceps ialah sejenis kulat tropika yang bergantung kepada semut yang hidup diatas pokok. Apabila spora kulat ini berjaya menembusi rangka luar perumahnya, ia akan menyebabkan tubuh semut tersebut menggigil dan terkejang-kejang. Disebabkan tubuh semut kini tidak lagi dalam keadaan stabil, ia akan terjatuh daripada pokok tinggi yang didiaminya.
Spora kulat ini kemudiannya akan mengubah tingkah laku semut tersebut dan menyebabkan ia berjalan-jalan mencari tempat yang sesuai dan subur untuk pertumbuhan kulat ophiocardyceps. Apabila tempat itu telah dijumpai, spora kulat itu akan memaksa semut untuk menempel badannya diatas tempat tersebut, membunuh mangsanya dan kemudian mengeksploit sepenuhnya nutrisi yang ada pada semut tersebut. Ranting kulat tersebut kebiasaannya akan tumbuh di leher semut dan apabila usia kematangan telah tiba, spora akan disebarkan menerusi angin. Spora-spora baru ini akan terbang mencari semut yang lain untuk membiak.
MALARIA
Satu lagi parasit yang boleh mengubah tingkah laku dan mengawal minda manusia ialah malaria. Setiap tahun dianggarkan sebanyak 300 sehingga 500 juta kes malaria dan sebanyak 1 juta kes kematian yang diakibatkan oleh parasit ini dilaporkan.
Malaria diakibatkan oleh sejenis protozoa parasit yang tergolong dalam keluarga Plasmodium. Parasit ini tidak hijack otak manusia, sebaliknya ia menggunakan nyamuk sebagai perumah perantara. Nyamuk Malaria biasanya gigit lebih kerap dan lebih lama berbanding nyamuk biasa.
Sebaik sahaja seseorang manusia digigit oleh nyamuk Malaria, dia akan menjadi perumah bagi protozoa ini untuk membiak dan merebak. Untuk meneruskan kelangsungan Malaria, manusia yang menjadi pemangsa akan menarik lebih banyak nyamuk. Dengan setiap gigitan nyamuk baru keatas perumah ini, maka parasit Malaria mampu kekal hidup sehingga ke hari ini.
TAXOPLASMA
Sekiranya anda membela kucing di rumah, berkemungkinan besar kucing anda pernah menjadi perumah kepada parasit Taxoplasma.
Parasit ini memerlukan kucing dan tikus untuk kelangsungan hidupnya. Apabila seekor tikus makan najis kucing yang telah dijangkiti oleh taxoplasma, parasit-parasit ini akan mengubah tahap keseimbangan kimia dalam otak tikus tersebut. Ketidakseimbangan ini membuatkan tikus jadi berani dan tertarik untuk mendekati kucing yang kelaparan. Disebabkan tikus tersebut mudah ditangkap, maka ia akan dimakan oleh kucing yang kemudiannya menjadi perumah bagi parasit ini.
Taxoplasma juga boleh hidup dalam badan manusia. Mungkin, sebab itu jugalah kita sentiasa tertarik untuk bermain dan bermanja dengan kucing barangkali.
Diatas hanyalah 5 parasit yang sudah dikenalpasti oleh kajian saintifik. Masih terdapat banyak lagi parasit yang belum terbukti boleh mengawal minda dan tingkah laku perumahnya. Berkemungkinan juga setiap tingkah laku kita juga sebenarnya diakibatkan oleh parasit yang telah mendiami tubuh kita sejak sekian lama.
Sumber:
- Perkataan banyak
- Berita Harian
- Myhealth
- Wikipedia dan Wikipedia
- Youtube