Permukaan bumi terdiri daripada 71% air, yang bermaksud kita hanya mempunyai 21% daratan untuk hidup di atasnya. Air adalah bahagian yang sangat penting kepada hidupan di bumi.
Ia merupakan habitat kepada antara 1 hingga 10 juta tumbuhan dan spesis hidupan laut yang bergantung kepada air untuk terus hidup. Dan spesis-spesis ini pula menyokong hidup manusia sebagai sumber makanan kepada populasi di seluruh dunia.
Dengan pentingnya air dan lautan, apakah yang akan berlaku jika ianya tiba-tiba lenyap dari bumi?
Perubahan yang paling ketara dapat dilihat secara serta merta adalah ruang yang sanga luas terbentang di mana terletaknya sumber air sebelum ini.
Laut akan menjadi "gaung" yang sangat luas
Tanpa laut, 71% daripada permukaan bumi akan menjadi satu kawasan gaung yang tersangat luas. Gaung-gaung ini akan kelihatan sangat dalam di beberapa kawasan sehinggakan ia seperti anda melihat bumi daripada pandangan atas kapal terbang.
Malangnya, kita tak ada banyak masa untuk mengagumi pemandangan baru ini. Ia kerana lautan berperanan dalam beberapa perkara penting dalam hidup kita, dan dengan kehilangan lautan, perkara buruk akan berlaku.
Antara faktor yang perlu difikirkan adalah 70% daripada kandungan oksigen bumi dihasilkan oleh tumbuhan laut, jauh lebih banyak daripada yang dihasilkan oleh tumbuhan darat.
Peningkatan jumlah karbon dioksida
Laut tiba-tiba lenyap, segala hidupan ini juga akan turut lenyap. Ia bukan sahaja akan mengurangkan jumlah oksigen di atmosfera secara drastik, ia juga memberikan impak kepada bumi untuk memproses karbon dioksida yang berlebihan.
Oleh sebab karbon dioksida sudah menjadi penyebab kepada perubahan iklim dunia, kemerosotan tahap pemprosesan karbon dioksida akan menyumbang kepada pemanasan bumi pada kadar yang sangat cepat.
Selain menjadi sumber kepada oksigen dan membekalkan makanan kepada 3.5 bilion manusia, air juga memainkan peranan penting dalam mengawal selia suhu bumi. Kawasan perairan yang besar seperti lautan adalah medium yang sangat efektif dalam menyerap dan mengedarkan radiasi matahari.
Peredaran arus iaitu pergerakan air suam dari tropika ke utara dan selatan dan membawa air sejuk kembali ke khatulistiwa membolehkan tenaga haba diedarkan mengelakkan kawasan-kawasan di bumi daripada menjadi terlalu panas atau terlalu sejuk untuk menyokong kehidupan.
Kewujudan lautan juga membenarkan berlakunya apa yang dipanggil sebagai kitaran air. Pergerakan air dari laut ke awan biasanya bergerak dalam jarak yang jauh sebelum jatuh ke tanah atau kembali ke laut sebagai hujan. Seperti pergerakan arus, kitaran air juga membekalkan lebih banyak pengagihan haba.
Suhu bumi akan meningkat dengan mendadak
Tanpa lautan, semua ini akan lenyap. Dan dengan ketidakhadiran hujan, kebanyakan kawasan di bumi akan bertukar menjadi padang pasir. Pokok, tumbuhan dan rumput menjadi sangat kering sehingga menyebabkan kebakaran yang luas antara benua, membunuh berjuta-juta makhluk termasuk manusia.
Dan apabila berlakunya kebakaran besar-besaran yang menghasilkan karbon dioksida, dan ketiadaan hidupan laut untuk memproses karbon dioksida kembali kepada oksigen, peningkatan suhu bumi akan menjadi semakin pantas dengan peningkatan gas rumah hijau dan memerangkap sinaran matahari.
Manusia terpaksa berhijrah ke Antartika
Satu kajian mencadangkan bahawa suhu purata bumi akan meningkat sehingga 67.2 darjah celsius, yang memaksa seluruh populasi dunia berhijrah ke Antartika.
Bagi mereka yang bernasib baik berkesempatan untuk berhijrah ke Antartika, suasana di situ tidaklah begitu baik. Dengan suhu bumi yang sentiasa meningkat, manusia akan menghabiskan banyak masa membina kediaman bawah tanah dan menyimpan ais, glazier dan salji sebelum ia cair dan tersejat.
Sudah tentunya pembinaan kediaman bawah tanah ini boleh dilakukan jika mereka yang berpindah ini membawa alatan pembinaan dan bekalan lain yang diperlukan.
Walaupun ia adalah mustahil, anggap saja kita berjaya membina rumah bawah tanah ini yang mampu menyelamatkan beberapa ribu orang, namun bolehkan kita meneruskan kelangsungan hidup untuk jangka masa panjang?
Mungkin tidak. Di daratan ketika ini, semua hidupan telah mati dan kebakaran sangat berleluasa menyebabkan manusia tak boleh bernafas.
Dengan tiada kemungkinan untuk kembali ke daratan dengan selamat dan tiada cara untuk memulakan semula kitaran karbon dioksida, apa yang kita mampu lakukan adalah melihat bekalan kita semakin berkurangan dan akhirnya tiada apa lagi yang tingga, menunggu untuk mati.
Jadi, dunia tanpa lautan adalah mustahil untuk kita hidup. Kita bernasib baik kerana lautan tak akan ke mana-mana dalam masa terdekat ini. Jadi, sayangilah lautan ketika ia masih ada.