Sehari selepas dia kembali ke Bumi, angkasawan Heidemarie Stefanyshyn-Piper disambutoleh lebih daripada 100 orang dalam majlis sambutan kepulangannya yang diadakan di Ellington Field. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian berita global bukanlah pencapaiannya iaitu tugasnya selama 12 hari di ruang angkasa, tetapi dua insiden yang memalukan disebabkan oleh disoreintasi dan pengsan.
Apa yang berlaku adalah beliau tergelincir dua kali dan hampir jatuh ke tanah semasa bercakap. Ia disebabkan oleh Heidemarie belum menyesuaikan diri sepenuhnya dengan graviti bumi.
Daya graviti rendah, seperti orbit di mana tempat Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) berputar, merupakan persekitaran yang sangat jauh bezanya daripada bumi. Kita, manusia, haiwan atau mana-mana makhluk bumi perlukan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang asing ini.
ISS yang mengeillingi bumi tertakluk kepada 90% daripada daya graviti bumi, namun mereka mengalami kesukaran ketika berada di dalamnya. Pendedahan jangka masa panjang mampu melemahkan tulang dan otot. Ia membuatkan angkasawan yang ingin berada di ISS untuk jangka masa yang panjang berasa sulit.
Untuk membantu angsakawan membiasakan diri, NASA telah melatih mereka untuk "hidup" dalam persekitaran yang sama setiap hari. Kawasan graviti "sifar" yang ini tidak terletak di angkasa, tetapi dicipta di Bumi.
Persoalannya ialah, bagaimana NASA melakukannya?
Istilah paling tepat menggambarkan pengalaman angkasawan di luar angkasa adalah mikrograviti. NASA mencipta kawasan mikrograviti, yang membolehkan para angkasawan mensimulasikan pengalaman di ruang angkasa lepas.
Walau bagaimanapun, keadaan terapung yang mereka alami adalah ilusi. Angkasawan-angkasawan ini tidak terapung, tetapi mereka jatuh.
Menurut Galileo, dua objek, tanpa mengira jisimnya, akan menyentuh tanah pada masa yang sama apabila jatuh dari ketinggian yang sama. Contoh paling jelas adalah dengan melepaskan tukul dan bulu dengan serentak tanpa rintangan udara, akan jatuh pada kadar yang sama. Dan ini adalah apa yang komander misi terakhir Apollo 15 tunjukkan di bulan.
Situasi yang sama berlaku, ISS dan penghuninya "jatuh" ke arah bumi pada kadar yang sama. Jika sesuatu objek diletakkan di atas sebuah permukaan, dan kemudiannya permukaan tersebut hilang serta-merta, objek tersebut akan berasa seperti tidak mempunyai berat.
Malah, berat kita hanyalah daya yang sama dan bertentangan arah, yang dikenali sebagai daya normal, dipancarkan oleh permukaan bumi apabila kaki kita menolaknya.
Contoh mudah adalah sekiranya seseorang jatuh secara bebas dengan mesin timbang berat pada kakinya, anda akan melihat bahawa skala akan tidak menunjukkan apa-apa perubahan. Mesin timbang berat menentukan jisim sesuatu objek dengan mengira daya normal dan membahagikannya dengan pecutan bumi disebabkan daya graviti.
Walau bagaimanapun, jika ISS "jatuh" ke arah Bumi, kenapa ia hancur? Apa yang menyebabkan ia mengelilingi bumi? Sebenarnya, ISS atau bulan, tidak jatuh ke arah Bumi tetapi di sekelilingnya.
“Vomit Comet”
Terdapat banyak cara anda boleh merasakan situasi mikrograviti. Anda boleh mengalaminya, walaupun selama beberapa saat, ketika menaiki roller coaster. Mikrograviti dirasakan ketika mana roller coaster sedang meluncur ke bawah membuatkan badan anda dan tempat duduk "terpisah" untuk beberapa saat.
Pada ketika ini, badan anda dan kerusi jatuh pada kadar yang sama, dan berat anda "dikembalikan" selepas anda terduduk kembali di atas kerusi.
NASA memberikan pengalaman kepada angkasawan dengan cara yang sama, iaitu dengan menggunakan kapal terbang. Sama seperti roller coaster, kapal terbang akan terbang naik ke awan, terapung untuk seketika dan kemudiannya meluncur dan "menjunam" ke bawah sehingga ia mencapai altitud yang sama ketika ia bermula.
Teknik ini dikenali sebagai "vomit comet".
Situasi "terapung" berlaku serta-merta selepas kapal terbang mula menjunam. Angkasawan akan terapung kurang daripaada 30 saat dan kembali normal apabila kapal terbang menjadi selari dengan permukaan Bumi.
Ketika latihan yang berdurasi 2 hingga 3 jam ini, proses ini diulangi di antara 60 hingga 70 kali, di mana ketika ini angkasawan akan menguji alatan mereka dan berlatih untuk makan, minum dan bergerak, setiap kali berada dalam keadaan "graviti sifar".
Rujukan:
1. NASA
2. Science
3. Curious