loading...

Ini Cara Menyekat Dan Melihat Semua Aplikasi Di Facebook Yang Menjejaki Maklumat Peribadi Anda

mark zuckerberg in court

Ketika ini Facebook sedang berhadapan dengan skandal penggunaan maklumat-maklumat oleh syarikat penyelidikan politik British, Cambridge Analytica. Disebabkan oleh operasi pengumpulan maklumat oleh Facebook, Cambridge Analytica telah memperolehi maklumat peribadi lebih daripada 50 juta pengguna Facebook.

Setiap kali anda ingin install aplikasi pada telefon pintar anda, anda biasanya akan diminta untuk bersetuju membenarkan aplikasi tersebut menggunakan fail dan maklumat anda.

skandal cambridge analytica

Cambridge Analytica tidak memperoleh maklumat tersebut melalui penggodaman tetapi aplikasi Facebook sendiri yang memberikan maklumat pengguna, termasuk maklumat rakan pengguna sendiri.

Setiap kali seseorang memuat turun satu aplikasi atau log masuk ke laman sesawang menggunakan Facebook, profil Facebook pengguna terdedah kepada syarikat ini.

Antara maklumat-maklumat tersebut adalah lokasi semasa, sejarah pekerjaan, alamat e-mel, nombor telefon dan macam macam lagi. Maklumat-maklumat ini yang anda rasa ianya tidak dapat dilihat oleh sesiapa, atau hanya boleh dilihat oleh rakan Facebook sebenarnya boleh diakses oleh syarikat-syarikat yang anda bersetuju untuk berkongsi data dengan mereka ketika anda install aplikasi tersebut.

Proses ini dikenali sebagai perlombongan data, dan ia akan memberikan kesan yang buruk secara kolektif. Jadi, iluminasi.com ingin kongsikan cara-cara untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

1. Pertama sekali, log masuk ke Facebook anda dan klik pada anak panah seperti yang ditunjukkan.

cara menyekat dan melihat semua aplikasi di facebook yang menjejaki maklumat peribadi anda

2. Kedua, pilih pilihan "settings" atau "tetapan".

cara menyekat dan melihat semua aplikasi di facebook yang menjejaki maklumat peribadi anda 2

3. Setelah masuk ke tetapan, klik pada "Apps and websites"

cara menyekat dan melihat semua aplikasi di facebook yang menjejaki maklumat peribadi anda 4

4. Dan anda boleh melihat senarai syarikat aplikasi yang sedang menjejaki anda di Facebook. Penulis hanya mempunyai 2 aplikasi yang boleh mengakses maklumat peribadi. 2 aplikasi ini dibenarkan menggunakan maklumat kerana kita sendiri bersetuju memberikan mereka berbuat demikian.

cara menyekat dan melihat semua aplikasi di facebook yang menjejaki maklumat peribadi anda 5

6. Maklumat yang di highlightkan dalam kotak merah adalah maklumat yang boleh diakses aplikasi tersebut. Setiap aplikasi mempunyai akses berlainan mengikut apa yang mereka kehendaki.

cara menyekat dan melihat semua aplikasi di facebook yang menjejaki maklumat peribadi anda 8

7. Untuk memadamkan atau membuang aplikasi ini, anda mempunyai dua pilihan sama ada untuk memadamkan aplikasi ini sepenuhnya atau menyunting kebenaran kepada aplikasi tersebut. Cara menyekat atau memadam kebenaran akses kepada aplikasi tersebut:

cara menyekat dan melihat semua aplikasi di facebook yang menjejaki maklumat peribadi anda 9

Semoga berjaya dan jadilah pengguna yang bijak!

Previous
Next Post »
loading...