loading...

4 Sikap Yang Mengubah Orang Biasa Kepada CEO

bill gates 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2

Jika anda beranggapan bahawa semua CEO syarikat dalam dunia ini mempunyai pendidikan dan pelajaran daripada universiti-universiti terkemuka dunia dari usia muda lagi, anda salah.

Menurut penulis buku "The CEO Next Door" iaitu Elena Botelho dan Kim Powell, walaupun CEO yang paling hebat di atas muka bumi ini sekalipun tak pernah menyangka mereka ditakdirkan untuk menjadi hebat.

Namun ramai di antara kita yang mempercayai stereotaip bahawa "CEO yang hebat adalah seorang yang berkuasa dan datang dari golongan bangsawan, berani, berkarisma, pandai bersosial dan resume yang menakjubkan".

mokhzani mahathir 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2

Dan bagi mengetahui ciri-ciri yang menjadi persamaan pada kebanyakan CEO, Elena dan Kim menggunakan maklumat 17,000 penilaian kepimpinan daripada firma penyelidikan ghSMART. 

Dengan kerjasama bersama profesor-profesor dari Universiti Chicao dan Universiti Columbia, mereka memilih 2,600 pemimpin syarikat untuk dianalisa. Hasilnya, mereka menemukan trend di kalangan CEO yang berjaya.

4 kelakuan yang boleh merubah orang biasa kepada CEO adalah :

1. Pantas membuat keputusan

stephen gorman 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2 246

Menurut data tersebut, CEO yang berjaya sangat tegas dan cepat membuat keputusan, serta 12 kali ganda untuk berprestasi tinggi.

Bekas CEO syarikat Greyhound, Stephen Gorman, memberikan contoh mengapa sifat ini tersangat penting. Ketika Stephen mengambil alih Greyhound pada tahun 2003, perniagaan syarikat itu merugikan. Malah, syarikat induk Greyhound yang baru sahaja pulih daripada muflis sudah bersedia untuk menutup syarikat tersebut.

Untuk tempoh 4 bulan, Stephen melihat pegawainya menghasilkan rancangan untuk menyelamatkan syarikat, namun semuanya gagal. Di antara maklumat-maklumat yang bertimbun yang dianalisa oleh pegawai-pegawainya adalah peta satelit bagi Amerika Syarikat dan Kanada yang menunjukkan jumlah kepadatan penduduk. 

stephen gorman 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2 343

Tak begitu pasti sama ada rancangannya akan berhasil atau tidak, Stephen dengan serta-merta membentuk semula laluan bas Greyhound di sekitar kawasan yang ramai penduduk ini. Dan rancangan itu berhasil.

Ketika Stephen meninggalkan Greyhound pada tahun 2007, syarikat itu dilaporkan memperoleh pendapatan RM116 juta. Elena menjelaskan bahawa Stephen mampu untuk "bergerak ke hadapan" bukan disebabkan beliau tahu rancangannya akan berhasil, tetapi beliau tahu keputusan yang mungkin tak betul adalah lebih baik daripada tiada keputusan langsung.

2. Buatkan orang percaya idea anda

steve jobs 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo

Untuk menjadi seorang CEO yang berjaya, ada haruslah melibatkan diri dengan orang sekeliling dan memberikan inspirasi kepada mereka untuk memberikan yang terbaik. Namun ia tidak semudah dengan hanya menjadi seorang yang peramah atau buatkan orang sukakan anda.

Malah, CEO yang baik boleh menjadi beban kepada syarikat kerana mereka hanya fokus kepada menyetujui pendapat, daripada membuatkan pekerja menjadi lebih baik. 

Untuk lebih meyakinkan orang lain untuk mempercayai idea anda, 3 perkara yang anda harus lakukan:

  1. Terjemahkan visi dan matlamat anda, dan pastikan niat anda jelas 
  2. Fahami keperluan emosi, kewangan dan fizikal orang-orang yang akan membantu anda mendapatkan hasil
  3. Wujudkan rutin harian atau tabiat bagi membina hubungan, yang diterjemahkan kepada tindakan yang akhirnya membuahkan hasil.

steve jobs 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2

Syarikat yang paling berpengaruh di atas muka bumi, Apple, berjaya kerana CEOnya iaitu Steve Jobs menjadikan Apple sangat berjaya kerana beliau melibatkan diri dengan pekerja-pekerjanya dan merangsang mereka untuk menghasilkan produk dan idea yang kreatif dan invatif.

Dalam kebanyakan kes, Steve Jobs sangat kejam dan sangat tidak baik. Namun, orang lain tidak begitu mengambil kisah akan sikapnya itu kerana kepintarannya, keseronokan serta kegembiraan bekerja di bawah beliau," jelas Willie Pietersen, seorang profesor di Columbia Business School dan penulis buku "Strategic Learning: How to Be Smarter Than Your Competition and Turn Key Insights into Competitive Advantage,"

3. Memberikan hasil dengan konsisten

richard branson 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 567

Ketua Pegawai Eksekutif yang secara konsisten membuahkan hasil dan berjaya melaksanakan apa yang dirancang dilihat sebagai seorang yang boleh dipercayai dan diharapkan. Dan apabila seorang CEO dikenali kerana kebolehpercayaan terhadap dirinya, kebarangkalian untuk diterima bekerja menjadi 2 kali ganda.

Daripada keempat-empat ciri-ciri ini, "kebolehpercayaan yang tidak henti-henti" adalah yang paling penting bagi kejayaan seorang CEO kerana ia meningkatkan kebarangkalian kecemerlangan.

Dalam perniagaan, orang yang boleh dipercayai dan cekap sangat dihargai. Majikan dan klien lebih percaya untuk mengambil risiko dan memberikan peluang kepada mereka.

Pengasas Virgin Group, Richard Branson merupakan contoh yang terbaik mempunyai sikap ini ketika menubuhkan Virgin Australia, syarikat penerbangan kedua terbesar di negara itu.

richard branson 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2

Keputusan untuk melancarkan syarikat penerbangan ini sebenarnya adalah ilham pekerjanya, Brett Godfrey, yang disukai Richard kerana keperibadiannya, sangat terperinci dan rajin.

"Saya melihat bagaimana cara Brett berurusan dengan orang dengan cara yang sangat baik dan membuahkan hasil," kata Richard dalam bukunya "Finding my Virginity".

Bilionaire itu sangat kagum dengan etika Brett sehinggakan ketika idea itu dikemukakan, Richard menerimanya tanpa ragu. Virgin Australia secara rasminya memasuki pasaran penerbangan pada tahun 2000 dengan Brett Geofrey sebagai CEO.

4. Sesuaikan diri dengan keadaan

jeff bezos 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo

Untuk sampai ke puncak, pemimpin-pemimpin harus menavigasi laluan-laluan yang belum dilalui. Sebagai contoh, syarikat -syarikat seperti Kodak, Blockbuster dan Borders mengalami kegagalan kerana pemimpin-pemimpin syarikat ini tidak menyesuaikan diri.

Analisa juga menunjukkan bahawa CEO yang bijak menyesuaikan diri, berasa selesa dalam situasi yang tidak selesa. Mereka memahaami bahawa ketidakselesaan memberikan perubahan dan pelajaran yang baru.

Malah, CEO yang bijak menyesuaikan diri boleh melupakan masa lalu dan fokus kepada masa depan, seperti pengasas dan CEO Amazon, Jeff Bezos yang merupakan manusia terkaya di dunia ketika ini.

jeff bezos 4 sikap yang merubah orang biasa kepada ceo 2

Ketika Amazon.com dilancarkan pada tahun 1994, syarikat ini hanya menjual buku. Jeff Bezos kemudiannya mengembangkan jualan kepada muzik dan video, sebelum bertanyakan kepada pelanggan apa yang mereka mahu dijual oleh Amazon.

"Senarai yang diberikan oleh pelanggan tersangatlah panjang," jelas Jeff Bezos. Dan kini, Amazon.com menjual hampir kesemua barang yang anda inginkan, daripada elektronik kepada pakaian.

Jeff Bezos mengakui bahawa keupayaan untuk berfikir jangka masa panjang dan bereksprimen menyumbang kepada kejayaan Amazon yang sangat pesat.

"Kami gembira untuk melabur dalam idea baru yang sangat berisiko, untuk tempoh 5 hingga 7 tahun, yang mana kebanyakan syarikat tak akan lakukan. Ia merupakan kombinasi mengambil risiko dan pandangan jangka panjang yang membuatkan Amazon bukannya unik, tetapi istimewa dalam kumpulan kecil," tambah Jeff.

Previous
Next Post »
loading...