loading...

Cara Untuk Membezakan Antara Sakit Kepala Biasa Dan Migrain

tiada masa untuk sakit kepala

Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Tak ada sesiapa pun yang ada masa untuk masalah ini dan tak ada sesiapa pun dalam dunia ni yang suka apabila diserang sakit kepala.

Kita tak dapat lari dari masalah perit ini. Sakit kepala boleh berlaku disebabkan beberapa faktor termasuklah genetik, tekanan dan macam-macam lagi.

cara untuk membezakan sakit kepala biasa dan migrain 2

Namun, tak semua sakit kepala adalah sama dan ia terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah migrain, sakit kepala disebabkan tekanan dan sakit kepala sinus. iluminasi.com kongsikan jenis-jenis dan cara membezakan sakit kepala yang anda biasa alami dalam kehidupan seharian ini.

1. Sakit kepala disebabkan sinus

jenis jenis sakit kepala dan cara mengubatinya

Apabila anda mengalami sakit sakit kepala sinus, ia terasa seolah-olah jangkitan sinus.

Cara untuk mudah untuk mengurangkan rasa sakit ini tanpa ke klinik adalah dengan minum lebih banyak air, menggunakan pelembap atau semburan hidung air masin.

2. Sakit kepala akibat tekanan

jenis jenis sakit kepala dan cara mengubatinya 2

Sakit kepala akibat tekanan boleh menjadi kronik, berlaku selama berjam-jam dalam kebanyakan hari dalam sebulan. Ia juga boleh berlaku berepisod dan berlangsung dari 30 minit hingga 1 minggu untuk kurang daripada 15 hari dalam sebulan.

3. Migrain

jenis jenis sakit kepala dan cara mengubatinya 3

Migrain biasanya berlaku dalam 4 peringkat, namun tak semua orang mengalami keempat-empat peringkat ini. 

Migrain selalunya tidak didiagnosis dan tidak dirawat. Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala serangan migrain secara rutin, simpan rekod serangan anda dan bagaimana anda merawatnya.

Kemudian buat temujanji dengan doktor anda untuk membincangkan hal ini. Walaupun anda mempunyai sejarah sakit kepala, namun jumpa doktor jika terdapat perubahan pola atau sakit kepala anda tiba-tiba berbeza daripada yang sebelumnya.

Rujukan:

1. Business Insider

2. Science

3. Mayo Clinic

Previous
Next Post »
loading...