loading...

20 Benda Yang Anda Tak Sangka Boleh Beli di Vending Machine

Sepertimana yang kita ketahui vending machine ataupun mesin jualan ini sangat popular di negara Jepun. Walaupun di Malaysia sudah lama ada mesin ini yang menjual air tin dan kotak, namun terdapat pelbagai lagi jenis vending machine yang menjual barangan yang pelik dan tidak terfikir oleh akal kita. Kami ingin berkongsikan bersama anda beberapa diantaranya yang paling unik.

1. Emas

gold to go

Jika anda sentiasa kagum dengan bagaimana orang kaya menghabiskan wang mereka, ini adalah salah satu darinya. Mesin yang mengandungi bar dan syiling emas ini terletak di sebuah hotel di Dubai ini memuatkan ratusan keping dan bar emas. Harga emas diperiksa setiap 10 saat dan dikunci setiap 10 minit untuk harga yang terbaik. Mesin ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin membuat keuntungan dengan menjual beli emas pada harga yang sesuai.

2. Basikal

basikal

Vending machine basikal ini sangat sesuai untuk diletakkan di kota-kota besar seperti London atau Paris. Basikal kecil ini mempunyai tempat duduk yang boleh dilaras ketinggiannya. Anda boleh menyewanya dan meletakkan semula di beberapa lokasi mesin yang disediakan. 

 3. Kereta Mewah

kereta mewah

Mesin yang menyediakan pelbagai maklumat dan gambar kereta mewah ini sangat mudah digunakan. Di dalamnya dimuatkan dengan kunci kereta yang akan menjadi pilihan anda. Mesin ini juga telah membuatkan kurangnya salah satu masalah kepada pembeli kereta iaitu jurujual kereta yang kadangkala menjengkelkan dan sentiasa memaksa anda untuk memilih kereta yang paling mahal kerana keuntungan yang mereka perolehi.

vending kereta

4. Tisu tandas

tisu tandas

Di Jepun mesin menjual tisu tandas ini diletakkan di dalam tandas awam . Biasanya di negara-negara lain tisu tandas diberikan secara percuma namun berhati-hati jika ke Jepun kerana sesetengah tandas tidak menyediakannya kerana polisi kebersihan negara itu yang agak ketat. Periksa terlebih dahulu keadaan tandas samada mempunyai tisu tandas atau tidak sebelum mengunakannya.

5. Udang karang

lobster

Vending machine bukan sahaja untuk barangan akan tetapi juga ia memuatkan haiwan. Jika anda berada di Jepun atau Amerika Syarikat dan berasa teringin memakan lobster pada waktu di mana pasaraya sudah tutup, anda mungkin boleh mencari mesin udang karang yang disediakan ini pada bila-bila masa sahaja.

6. Marijuana

marijuana

Di Amerika Syarikat bagi mereka yang malas untuk beratur bagi membeli herba marijuana ini di farmasi yang berlesen, mereka boleh pergi membelinya di vending machine yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu dan dikawal ketat ini. Mesin ini memuatkan 2 jenis herba marijuana iaitu OG Crush dan Granddaddy Purple. Walau bagaimanapun, ianya tidaklah semudah yang disangka kerana anda perlu berjumpa dengan doktor dan mengesahkan dahulu tentang lesen pembelian anda dengan jari anda di scan terlebih dahulu, kemudian satu kad pra bayar akan diberikan barulah anda boleh membeli marijuana di mesin ini.

7. Seluar dalam

seluar dalam

Memang negara Jepun terkenal kerana kreativiti dan kepelbagaian idea rakyatnya. Salah satunya ialah mesin yang menjual seluar dalam. Jika anda tidak mempunyai masa untuk memilih dan beratur di pasaraya anda bolehlah membeli seluar dalam di vending machine yang memuatkan pelbagai jenis pakaian dalam itu. Mesin ini boleh dijumpai di banyak tempat di Jepun.

8. Barangan Kaca

pinggan mangkuk 613

Vending machine yang satu ini memang menarik. Ia bukanlah mesin untuk anda membeli pinggan mangkuk bagi kegunaan rumah. Jika anda berasa marah anda bolehlah menggunakan mesin yang memuatkan barangan kaca ini. Tujuan mesin ini dibuat adalah untuk mengurangkan rasa marah atau melepaskan geram dengan menghempas barangan kaca seperti pinggan mangkuk. Apabila memasukkan duit dan memilih barangan yang anda ingin, ia akan jatuh ke bawah dan pecah berderai. Mungkin anda perlu mencubanya sendiri untuk mengetahui keberhasilannya.

9. Buku agama Judaism

judaism

Mesin yang menjual buku agama Judaism yang terletak di stesen bas di tengah kota Jerusalem ini memuatkan pelbagai buku informasi tentang agama itu. Bagi pelancong atau mereka yang ingin mengenali agama ini dengan lebih dalam, mesin ini menawarkan kemudahan yang diperlukan. Mungkin idea ini juga boleh ditiru oleh penganut agama lain yang ingin memudahkan mereka yang ingin membeli dan memahami tentang agama.

10. Kumbang

kumbang

Kumbang Tanduk ini merupakan salah satu serangga yang paling digemari di Jepun sehingga ada kumbang yang berharga sehingga ratusan ribu ringgit. Maka tidak hairanlah jika di sana anda boleh menjumpai mesin yang menjual haiwan ini. Mesin yang mempunyai kawalan cuaca ini dan diselenggara setiap hari bagi memastikan serangga ini hidup. Namun begitu para aktivis haiwan di Jepun seringkali membantah vending machine seumpama ini kerana ia dilihat sebagai satu penyeksaan dan memberikan contoh yang tidak baik kepada kanak-kanak. Akan tetapi trend menjual serangga ini mula popular dan telah dilihat di beberapa negara lain seperti contoh Belgium yang menjual pelbagai lagi jenis serangga.

11. Sup Ikan Terbang

ikan terbang

Di Jepun terdapat mesin yang menjual sup ikan terbang yang dibakar bersama dengan sejenis rumpai dan diletakkan di dalam botol. Ianya biasa digunakan untuk perisa ramen atau dimakan dengan nasi. Jadi anda boleh menjimatkan masa dengan tidak perlu menunggu di restoran atau pergi ke pasar untuk mendapatkannya.

12. Pisang

pisang 759

Mesin menjual pisang ini mula dicipta di Jepun dan kini boleh ditemui di negara maju yang lain seperti Amerika Syarikat. Salah satu syarikat gergasi yang membekalkan buah-buahan di seluruh dunia iaitu Dole telah melancarkan mesin menjual ini. Ini bertujuan memudahkan lagi orang ramai untuk menikmati buah-buahan segar tanpa perlu pergi ke pasar dan menjimatkan masa serta menyihatkan.

13. Umpan

umpan hidup

Ini mungkin salah satu vending machine yang ditunggu oleh kaki pancing terutamanya. Mesin yang menjual umpan hidup dan juga palsu ini mula tersebar di beberapa buah negara. Jadi anda tidak perlu lagi khuatir kehabisan umpan atau kedai pancing tutup kerana kini anda boleh mendapatkan umpan anda di mesin yang beroperasi 24 jam ini dengan pelbagai pilihan.

14. Haiwan peliharaan

haiwan

Dari serangga, umpan hidup sehinggalah kepada haiwan peliharaan juga mempunyai vending machine untuk dibeli. Pelbagai idea kreatif daripada penjual untuk meningkatkan hasil jualan mereka dengan kos yang rendah tanpa perlu membayar gaji pekerja. Salah satu mesin yang menjual anak anjing atau kucing kini mula popular di beberapa buah negara.

15. Lego

lego

Mesin yang salah satunya daripadanya terletak di Disneyland ini menawarkan anda peluang untuk membeli mainan yang terkenal iaitu Lego. Jika model Lego yang anda inginkan habis di kedai berdekatan, anda bolehlah mencari mesin yang menjual mainan ini yang beroperasi selama 24 jam sehari. 

16. Burger

burgers

Vending machine terkenal dengan makanan yang siap dipek namun begitu masakan panas juga boleh didapati di mesin menjual ini dan salah satunya ialah burger. Terdapat pelbagai pilihan burger yang boleh dibeli dan siap dimasak dan sentiasa diselenggara dengan kerap agar makanan itu sentiasa panas dan segar. Malah cara ini mungkin lebih cepat daripada membeli burger di kedai makanan segera.

17. Alat solek

alat solek

Ini berita baik kepada para wanita yang gemar bersolek namun sentiasa sibuk dan kekurangan masa. Mesin menjual alat solek Sephora ini menawarkan pelbagai barangan kecantikan untuk dipilih. Daripada bedak muka sehinggalah kepada perwarna kuku, anda boleh membuat pilihan tanpa mendengar jurujual menerangkan kepada anda tentang produk kecantikan.

18. Aksesori alat muzik

aksesori musik

Jika tali gitar anda putus atau drum stick anda patah dan anda memerlukannya namun tiada kedai yang masih buka, jangan risau kerana ada vending machine yang menjual pelbagai aksesori muzik ini. Jadi anda tidak perlu untuk membatalkan persembahan anda atau latihan bersama rakan-rakan hanya kerana kedai muzik tutup.

19. Payung

payung

Jika anda terlupa membawa payung dan tidak mahu basah ketika hari hujan, anda boleh membeli payung yang disediakan di dalam mesin menjual ini. Terdapat pelbagai warna pilihan yang menarik disediakan. Mesin ini sudah berada di beberapa pusat membeli-belah di banyak negara dan ianya amat laris sekali ketika hari hujan.

20. Telur ayam

telur ayam 511

Pelbagai barangan yang boleh dibeli 24 jam di Jepun dan anda tidak perlu risau lagi. Di antaranya ialah telur ayam yang menjadi kebiasaan bagi masakan mudah dan ringkas. Bagi kaum lelaki yang kurang pandai memasak telur ayam merupakan menu utama dan jika berasa lapar pada waktu lewat malam, anda boleh membeli telur ayam segar di vending machine yang disediakan.

Previous
Next Post »
loading...