Kredit foto: Instagram Neelofa
Pelakon dan pengacara, Neelofa bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Jenamasendiri.com susulan kenyataan billboard besar yang telah memalukannya.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor berkata, dia tidak akan membiarkan pihak berkenaan terlepas daripada kesalahan yang dilakukan mereka.
Kredit foto: Beautifulnara
"Saya takkan beri mereka peluang. Saya
Terdahulu, syarikat yang mengeluarkan produk OEM, Jenamasendiri.com mempamerkan kenyataan iklan di sebuah billboard besar yang didirikan di Lebuhraya Persekutuan.
Kenyataan iklan itu berbunyi, "Kepada Lofa. sesungguhnya zoo lebih mulia daripada Zouk. Dakwah ikhlas dari Jenamasendiri.com.”
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada pemilik jenama Naelofar Hijab ini susulan kontroversi majlis hari jadi dan pelancaran koleksi tudungnya, Be Lofa di pusat hiburan Zouk, hampir dua bulan lalu.
Menerusi media sosial, netizen menyelar syarikat berkenaan kerana menganggap tindakan mereka seakan terdesak ingin mempromosikan perniagaan dengan menggunakan isu Neelofa sebagai bahan untuk memancing perhatian umum.

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalang ...

Sampai Kena Boo, Peminat Bengang Konsert G-drago ...

Takde Kat Korea Kan.. Netizen Jijik Lihat Vide ...

Carta Organisasi Kelas: Maksud & Contoh ...