loading...

10 Festival Paling Berbahaya Di Dunia

10 festival paling berbahaya di dunia

Adakah melibatkan diri dengan suatu keadaan yang berbahaya itu adalah perkara yang seronok? Sekiranya jawapan anda adalah ya, mungkin festival-festival di bawah sesuai untuk anda. Senarai ini disusun secara rawak.

1. Festival Rempuhan Calgary di Calgary, Kanada.

festival rempuhan calgary di calgary kanada

Festival rempuhan Calgary mempunyai hubungan benci/sayang dengan kebanyakan orang. Koboi dan mereka yang kuat berparti amat sukakannya, manakala aktivis hak haiwan amat bencikannya. Diadakan setiap tahun pada bulan Julai sejak 1912, rempuhan selama 9 hari ini berjaya menjual sebanyak 9 juta tin bir, dan menjanjikan kematian sekurang-kurangnya seekor lembu jantan setiap tahun. 2 kes kematian turut dilaporkan sejak 20 tahun lalu, dan kecederaan sememangnya sudah dijangka akan berlaku seperti sukan ganas lain.

2. Festival Agni Keli di Mangalore, India.

festival api agni keli

Sebahagian daripada 8 hari festival yang diadakan setiap April, Agni Keli mempunyai 2 konsep mudah. Pertama, 2 pasukan berlawan antara satu sama lain, dan keduanya, pertarungan ini langsung tidak melibatkan aktiviti menendang atau menumbuk, sebaliknya menggalakkan peserta untuk membakar pasukan lawan. Beribu penonton akan berkumpul di Kuil Durga di Mangalore bagi menyaksikan ratusan peserta membaling nyalaan obor sawit kepada pasukan lawan dari jarak kira-kira 10 hingga 15 meter.

Setiap individu dibenarkan sebanyak 5 balingan ketika upacara berkenaan yang selalunya berlangsung selama 15 minit. Walaupun hanya memakai kain, fabrik berkenaan kerap kali terbakar dan meninggalkan kesan parut bagi mereka yang cukup berani untuk menyertai festival berkenaan.

3. Festival Bunga Api Sarang Lebah Yanshui di Tainan, Taiwan.

festival bunga api sarang lebah yanshui

Bagi mereka yang tinggal di Yanshui, sebahagian daripada daerah Tainan di Taiwan, terkena tembakan bunga api adalah sesuatu yang baik. Sangat baik, malah mereka akan mendedahkan diri mereka secara sengaja kepada bunga api kerana mereka percaya bahawa ianya akan membawa nasib yang baik kepada mereka. Sarang lebah tersebut pula bukannya dipenuhi dengan madu, sebaliknya digantikan dengan menara besar dan diisi dengan 600,000 bunga api. Bunga api tersebut akan dilancarkan terhadap orang ramai yang sedang menunggu permulaan festival berkenaan.

4. Festival Penyaliban Good Friday di Filipina.

festival penyaliban good friday di filipina

Di Amerika Utara, kebanyakan masyarakat melihat hari Easter sebagai hari untuk menyembunyikan telur coklat yang dibalut dengan kertas keranjang. Di Filipina, mereka menyambut hari berkenaan dengan lebih serius. Boleh dikatakan bahawa akan berlakunya pertumpahan darah. Katholisma dan kepercayaan karut masyarakat tempatan akan menyaksikan pesertanya dipaku pada salib dengan cara yang menyakitkan mata kebanyakan dari kita. Tujuan festival ini adalah sebagai lakonan semula bagi mempamerkan kesengsaraan Jesus Christ ketika disalib, dengan harapan dosa-dosa akan dapat ditebus sebagai hasilnya.

5. Festival Gusti Minyak Kirkpinar di Edirne, Turki.

festival gusti minyak kirkpinar di edirne turki

Lelaki dewasa yang tidak berbaju dan berseluar kulit akan dilumur dengan minyak zaitun sebelum mula bertarung. Di Erdine, Turki, ini adalah konsep teras festival gusti, di mana kedua peserta akan cuba untuk memegang dan mengangkat lawan melebihi kepala mereka. Bayangkan dengan penuh minyak, bagaimana ianya boleh dilakukan. Namun, bagi penggusti-penggusti ini, atau lebih dikenali sebagai Pehlivan bagi masyarakat tempatan, mereka sudah biasa dengan festival ini. Peserta yang menang akan dinobatkan dengan gelaran Chief Pehlivan dan dianugerahkan dengan Tali Pinggang Emas Kirkpinar.

6. Festival Kebangsaan Piroteknik (Bunga Api) di Tultepec, Mexico.

festival bahaya

Seperti festival di Tainan, Taiwan, festival ini juga melibatkan penggunaan bunga api. Sambutan festival selama 7 hari ini adalah sebagai menghormati wali pelindung pembuat bunga api, berjaya menarik sekitar 100,000 orang ke Tultepec. Festival ini adalah sangat bahaya, kerana bunga api berkenaan bukanlah dilancarkan ke langit, sebaliknya ditembak ke arah orang ramai yang sedang menari di jalanan. Yang lebih menakutkan adalah di mana festival ini disambut. Kawasan sambutan festival itu sebenarnya dikelilingi oleh kilang-kilang pembuatan bunga api, dan sebelum ini pernah berlaku kemalangan jiwa yang melibatkan beratus nyawa.

7. Festival Separuh Bogel Hadaka Matsuri, Jepun.

festival separuh bogel hadaka matsuri jepun

Jepun sememangnya terkenal dengan perkara-perkara pelik. Di dalam sambutan festival ini, peserta akan memakai pakaian yang paling minima, selalunya hanya kain tuala yang menutup bahagian alat sulit, dipanggil sebagai fundoshi, dan kadang kala ada yang berbogel sepenuhnya. Festival seperti ini akan disambut di kebanyakan bandar di Jepun setiap tahun, selalunya pada musim panas atau sejuk. Festival jenis ini yang paling terkenal adalah Saidai-ji Eyo Hadaka Matsuri yang diadakan di Kuil Saidaji, Okayama, tempat asalnya ia bermula. Setiap tahun, lebih daripada 9,000 orang lelaki akan menyertai festival ini dengan harapan akan membawa nasib yang lebih baik untuk sepanjang tahun. 

Ada antara sambutan festival ini yang melibatkan larian ke dalam air yang separa beku. Pada tahun 2007, seorang lelaki telah mati akibat kesejukan. Jika larian festival ini dilakukan pada musim sejuk, kebarangkalian peserta untuk diserang hypothermia adalah sangat tinggi. 

8. Festival Thaipusam di Malaysia.

festival thaipusam di malaysia

Disambut setiap tahun sekitar bulan Januari dan Februari, pasti para pembaca sudah tahu serba sedikit tentang sambutan festival keagamaan ini. Thaipusam sebenarnya adalah sebuah festival bagi penganut agama Hindu yang mula disambut di selatan India, dan kemudiannya tersebar ke seluruh Asia Tenggara, termasuklah negara kita. Di Malaysia, ribuan penganut agama berkenaan akan berkumpul di Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves bagi menghormati Dewa Murugan.

Mencucuk anggota badan dengan besi sehingga berdarah adalah antara sebahagian daripada sambutan festival ini. Bagi memastikan keselamatan peserta atau penganut, pasukan perubatan akan bersiap bersedia di lokasi sambutan festival tersebut. 

9. Festival Vegetarian di Phuket, Thailand.

festival vegetarian di phuket thailand

Festival ini yang disambut pada Oktober setiap tahun sebenarnya merupakan sebuah tradisi masyarakat China, dan dibawa ke negara Thailand oleh sekumpulan penghibur Chinese Opera. Ketika sambutan festival berkenaan, para peserta akan berjalan di atas bara api, mencucuk badan menggunakan rod besi yang panjang, serta beberapa aksi ekstrem yang lain. Lelaki dan wanita akan mencucuk bahagian pipi mereka menggunakan pelbagai benda, termasuklah pisau. Sebagai persediaan untuk sambutan Festival Vegetarian, mereka tidak akan memakan daging dan mengikut beberapa pantang larang yang lain. Pada tahun 2011, sebanyak 74 orang telah tercedera dalam festival tersebut. 

10. Festival La Tomatina, Sepanyol.

festival la tomatina sepanyol 841

Puluhan ribu orang akan berkumpul di Bunol, Sepanyol pada Ogos setiap tahun bagi menyertai ibu segala festival pertarungan makanan. Festival ini dikatakan mula disambut ekoran berlakunya pergaduhan kanak-kanak yang membaling makanan sekitar tahun 1940an. Setiap kali festival ini disambut, sebanyak 100,000 kilogram tomato terlebih masak dibaling di sepanjang jalan di mana festival ini disambut. Yang bahayanya tentang festival ini, ramai kerap terjatuh kerana buah tomato yang sudah pecah dan basah boleh menyebabkan kecelakaan.

EKSTRA

11. Festival Pertarungan Krismas Takanakuy di Chumbivilcas, Peru.

festival pertarungan krismas takanakuy di chumbivilcas peru 600

Anda geram dengan kawan atau musuh lama anda dan berasa hal ini perlu diselesaikan dengan pertarungan lawan tumbuk? Festival ini sesuai untuk anda. Di daerah Chumbivilcas, Peru orang ramai akan memakai pakaian mewakili satu daripada 5 watak yang ada. Mereka akan memanggil nama individu yang mempunyai isu dengan mereka dan keduanya akan bertumbuk secara fizikal, namun tidak boleh gigit. Upacara meminum air yang banyak akan dilakukan sebelum dan selepas pertarungan, dilihat lebih menarik berbanding mengambil aspirin bagi menahan kesakitan.

12. Festival Mengejar Roda Keju di Cooper’s Hill, England.

Mengejar roda keju? Bunyi seperti sangat seronok. Namun, aktiviti kejar mengejar bukannya berlaku di atas permukaan tanah yang rata. Sebaliknya, ia diadakan di kawasan cerun berbukit bagi menangkap roda keju yang sedang bergerak. Kecederaan adalah suatu yang pasti. Kru-kru ambulan sudah bersiap sedia di garisan penamat di bawah bukit, dan hospital juga bersedia untuk melakukan rawatan selama beberapa hari. Sukarelawan pula akan membawa stretcher bagi mengangkat mereka yang tidak dapat menghabiskan kejohanan itu. Sekurang-kurangnya pemenang akan mendapat keju.

13. Festival Larian Lembu Jantan di Pamplona, Sepanyol.

festival larian lembu jantan di pamplona 474

Setiap tahun, festival ini berjaya menarik sekurang-kurangnya 1 juta pelancong ke Pamplona bagi menyaksikan acara yang akan menyebabkan pecinta haiwan sakit hati. Sebanyak 9 ekor lembu betina dan 6 lembu jantan dilepaskan di laluan sepanjang 850 meter di Jalan Santa Domingo. Lelaki dan wanita akan memakai pakaian putih dengan selendang merah tradisional akan berlari daripada rempuhan lembu-lembu, mengelakkan diri daripada dipijak atau ditanduk. Garisan penamat adalah di Plaza de Toro, di mana pada lewat petang hari sama kesemua lembu jantan akan dikorbankan di tangan seorang matador.

14. Festival Onbashira di Tokyo, Jepun.

festival onbashira di tokyo jepun 255

Festival ini berkisar tentang 4 kuil Suwa-Taisha, barat laut Tokyo. 16 batang pokok cemara yang besar dengan ketinggian 18 meter ditebang, dan kemudiannya dijadikan sebagai 'tiang terhormat'. Ianya digunakan sebagai simbolik bagi menyegarkan keempat-empat kuil. Batang-batang pokok ini perlu dikeluarkan daripada kawasan bergunung di mana ia ditebang. Di sinilah bermulanya festival tersebut, di mana orang ramai akan 'menunggang' batang pokok berkenaan sehinggalah sampai ke destinasinya.

Sesampainya di kuil, batang pokok tersebut akan didirikan, dengan penunggang masih berada di atasnya. Kecederaan adalah perkara biasa, dan kematian juga pernah berlaku, akibat terjatuh ketika batang pokok berkenaan sedang dinaikkan.

Antara kesemua festival, yang manakah paling berbahaya bagi anda?

Rujukan & Bacaan Tambahan:

  1. abc.net.au
  2. insh.world
  3. britannica.com
  4. msn.com
  5. festivalsherpa.com
  6. msn.com
Previous
Next Post »
loading...