Tahukah anda bahawa terdapat penjelasan dari segi sains dan biologi mengapa lelaki menunjukkan rasa minat terhadap wanita-wanita tertentu? Dan kerap kali perasaan pertama yang anda alami terhadap seseorang yang anda tertarik tidak dapat dijelaskan dan tak masuk akal.
Sebenarnya, daya tarikan bukanlah sesuatu yang datang secara rawak dan sains dapat menjelaskan banyak perkara mengapa kita rasa apa yang kita rasa terhadap orang yang kita suka, dan iluminasi.com ingin kongsikan 6 perkara yang dilihat pada wanita oleh lelaki yang membuatkan mereka tertarik tanpa mereka sedari.
1. Pinggul wanita
Walaupun mungkin terdapat perbalahan bahawa sama ada lelaki memikirkan masa depan mereka sebagai seorang bapa apabila mereka mempunyai pasangan kekasih, namun mereka sebenarnya cenderung secara biologi terhadap wanita yang mempunyai bentuk badan tertentu yang dikaitkan dengan kesuburan.
Menurut jurnal Keperibadian dan Psikologi Sosial, peratusan besar kaum adam melaporkan perasaan tertarik kepada wanita yang mempunyai nisbah pinggang ke punggung yang rendah.
Saintis yang melakukan penyelidikan ini membuat hipotesis bahawa otak lelaki mengaitkan nisbah pinggang dan punggung dengan kemudaan dan kesihatan pembiakan.
2. Wanita berambut panjang
Jika anda rasa lelaki lebih tertarik kepada wanita yang berambut panjang yang dilepaskan, anda mungkin betul. Menurut kajian Sifat Manusia yang dilakukan pada tahun 2004, panjang rambut seorang wanita itu mempengaruhi pandangan lelaki yang melihatnya.
Survey ini mendapati bahawa wanita yang berambut panjang dilihatkan oleh lelaki sebagai lebih sihat dan menarik. Dan diakui bahawa gaya rambut hanya memberikan pengaruh kecil terhadap daya tarikan wanita.
Namun, jika wanita itu sudah sedia kelihatan menarik, panjang rambutnya tidak terlalu mempengaruhi cara pandangan lelaki terhadapnya, menurut kajian oleh Jurnal Psikologi Scandinavia.
Bagi anda yang berambut panjang dan suka mengikat rambut, mungkin ini masanya untuk anda melepaskan rambut anda.
3. Warna bibir
Wanita telah lama mewarnakan bibir mereka dengan warna merah dan memakai blusher untuk kelihatan lebih menarik. Namun, pada tahun 2008 barulah ia difahami mengapa lelaki lebih tertarik kepada warna merah.
Rupa-rupanya, menunjukkan rasa suka terhadap warna merah adalah tingkah laku yang dipamerkan oleh semua spesis jantan, termasuklah manusia. Daya tarikan terhadap warna merah adalah dikaitkan dengan kitara wanita, menurut jurnal Personaliti dan Psikologi Sosial.
Penyelidik mendapati bahawa monyet betina berubah menjadi kemerahan ketika sedang subur dan pasangan mereka bertindak balasan terhadap perubahan ini.
Tambahan pula, tarikan dan reaksi yang sama dilihatkan apabila lelaki ditunjukkan gambar wanita yang memakai gincu merah atau baju merah.
4. Bau wanita
Mungkin aneh, dan mungkin tidak, tetapi lelaki berkemungkinan besar tertarik kepada anda disebabkan bau anda. Walaupun ramai orang tahu bahawa feromon adalah hormon yang mempunyai bau spesifik, namun sains disebalik tarikan itu bukanlah pengetahuan biasa.
Kajian mendapati bahawa kitaran wanita secara langsung mempengaruhi pheromone yang "dipancarkan" oleh mereka. Bergantung kepada di mana anda berada dalam kitaran anda, lelaki mungkin mendapati anda menjadi lebih menarik hanya kerana bau feromon yang anda keluarkan.
5. Mata yang cerah dan terang
Apabila anda bertanyakan kepada lelaki apa yang mereka tertarik mengenai wanita, anda boleh jangkakan bahawa mereka akan menjawab mata. Terdapat sebab mengapa kita menekankan pada bahagian mata terhadap orang yang kita tertarik, dan ia sudah tentunya bukan disebabkan oleh "dari mata turun ke hati".
Menurut The Harvard Brain, lelaki lebih tertarik kepada wanita yang mempunyai mata yang cerah dan terang. Ia tidak semestinya berkenaan dengan warna. Apa yang penting adalah kecerahan keseluruhan mata.
Ia dipercayai bahawa ia berkaitan dan evolusi kerana mata yang cerah dilihatkan sebagai sihat sementara mata kusam dan kering dikaitkan dengan penuaan.
6. Bibir menawan
Walaupun bunyinya agak aneh, namun ramai wanita yang memuatnaik gambar "duckface" mereka ke media sosial mungkin mempunyai tujuan tertentu, kerana bibir yang penuh dilihatkan sebagai ciri-ciri yang menarik pada wanita.
Kita sudah tahu bahawa warna bibir wanita adalah penting, namun bukan itu sahaja yang dilihat oleh lelaki pada mulut wanita yang menarik minat mereka.
Satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Manchester mendapati bahawa selepas bertemu dengan wanita baru, lelaki menghabiskan separuh daripada masa berinteraksi dengan wanita dengan melihat pada bibir pasangan.
Dan apabila ditanya mengenai perkara yag membuatkan mereka tertarik kepada wanita, lelaki mengatakan bahawa wanita dengan bibir yang "penuh" sebagai lebih menarik. Sains disebalik tarikan ini adalah sesuatu yang kita sudah sedia maklum, iaitu lelaki lebih tertarik terhadap kesihatan yang baik, dan bibir penuh dilihatkan sebagai ciri-ciri fizikal wanita yang sihat.