loading...

Faye Kusairi Timang Anak Sulung

faye kusairi timang anak sulung 1

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi

Aktres Faye Kusairi, 31, selamat melahirkan bayi sulungnya pada Isnin lalu.

Kelahiran cahaya mata itu bertambah istimewa kerana jatuh pada hari ulang tahun pertama perkahwinannya.

"Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikun semua, Mama nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.

"Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kami. Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.

"Syukur Alhamdulillah, Mama dan bayinya sihat. Mama hanya masih penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?

"Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan bayi," tulis Faye dalam kenyataan di Instagram.

faye kusairi timang anak sulung 2

Kredit foto: Instagram Faye Kusairi

Dalam pada itu, Faye bermurah hati berkongsi sebahagian daripada rupa putera sulungnya.

Para peminat menerusi ruangan komen melayangkan ucapan tahniah, di samping meluahkan rasa gembira menyambut perkhabaran gembira itu.

Menurut Sinar Harian, dalam kenyataan Faye kepada portal itu pada Sabtu lepas mengatakan dia sudah mendapat tanda-tanda awal untuk bersalin, malah berpeluang melahirkan anak secara normal apabila urinya kini kembali berada di atas.

"Doktor memaklumkan bukaan rahim sudah 1cm dan saya akan bersalin dalam sehari dua lagi.

"Lebih teruja apabila melalui pemeriksaan yang dibuat tiga minggu lalu, doktor mengesahkan kedudukan uri sudah kembali normal, jadi saya boleh bersalin secara normal," katanya.

Sementara itu, Faye atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi menambah, kontraksi awal yang dirasainya tidak menghalang beliau untuk menyiapkan tempahan kek lapis serta masih lagi berada di rumah.

"Doktor benarkan saya balik kerana bukaan jalan baru 1 sentimeter.

"Walaupun dah rasa sakit sikit-sikit, tapi masih sempat bakar kek lapis," katanya sambil melepaskan ketawa.

Untuk rekod, isteri sutradara Azmi Hatta ini sebelum itu berdepan ujian Placenta Previa (PP) atau masalah uri di bawah yang dikesan sewaktu usia kehamilan 30 minggu.

Perkiraan asal, Faye sepatutnya bersalin pada 7 April lalu.

Previous
Next Post »
loading...