loading...

5 Pesawat Jet Pemintas dan Penggempur Paling Laju Di Dunia

sukhoi su 30mkm 5 pesawat paling laju di dunia

Ketika ini, kekuatan ketenteraan Malaysia dari segi pesawat adalah sebanyak 184 secara keseluruhan termasuklah 36 pesawat pejuang, 49 pesawat penyerang dan 84 pesawat pengangkutan. 

Dan di antara pesawat-pesawat ini, yang paling laju adalah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang mampu mencapai kelajuan maksimum 2,120 kilometer sejam.

Kali ini iluminasi.com ingin kongsikan 5 buah pesawat paling pantas di dunia ketika ini.

5. Bell X-2 Starbuster

bell x 2 starbuster 5 pesawat paling laju di dunia

Pesawat Bell X-2 yang diberi nama jolokan "Starbuster" ini adalah pesawat penyelidikan X yang dibina oleh Amerika Syarikat untuk menyiasa ciri-ciri penerbangan dalam julat 2 hingga 3 Mach (unit nisbah halaju). 

Ia merupakan pesawat berkuasa roket yang dihasilkan pada tahun 1945 hasil kerjasama Bell Aircraft Corporation, Tentera Udara AS dan Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Aeronautik (NACA) untuk meneroka masalah aerodinamik penerbangan supersonik dan meningkatkan kelajuan dan ketinggian lebih daripada pesawat sebelumnya, X-1.

Hanya 2 unit X-2 dihasilkan dan tidak lagi digunakaan menjelang 27 September 1956. Kelajuan paling pantas pernah direkodkan oleh X-2 adalah 3,370 kilometer sejam.

4. Mikoyan Mi G-25

mikoyan mi g 25 5 pesawat paling laju di dunia

Mikoyan Mi G-25 adalah pesawat pemintas supersonik dan peninjau yang merupakan antara pesawat tentera terpantas yang pernah berkhidmat. Ia direka oleh Mikoyan-Gurevich dari Kesatuan Soviet, dan merupakan salah satu pesawat tempur yang dibina menggunakan keluli tahan karat.

Ia merupakan pesawat terakhir yang direka oleh Mikhail Gurevich sebelum bersara. Dihasilkan di antara tahun 1964 hingga 1984, sebanyak 1,186 pesawat ini dihasilkan dan hanya diperkenalkan pada tahun 1970. 

jet pejuang mig 25 r

Pesawat berkelajuan maksimum 3,470 kilometer sejam ini digunakan oleh Angkatan Pertahanan Udara Soviet, Tentera Udara India dan Tentera Udara Algeria.

3. Lockheed YF-12

lockheed yf 12 5 pesawat paling laju di dunia 362

Lockheed YF-12 adalah pesawat pemintas prototaip Amerika yang digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat. YF-12 adalah versi pesawat Lockheed A-12 yang mempunyai 2 tempat duduk, membawa kepada penghasilan pesawat Lockheed SR-71.

YF-12 mencipta dan memegang rekod dunia bagi kelajuan dan ketinggian iaitu melebihi 3,200 kilometer sejam dan melebihi 24,384 meter. Ketika ini, YF-12 merupakan pesawat pemintas terbesar di dunia.

Kelajuan terpantas pernah direkodkan adalah 3,540 kilometer sejam, dan hanya 3 unit dihasilkan.

2. SR -71 Blackbird

sr 71 blackbird 5 pesawat paling laju di dunia

SR-71 berkhidmat dengan Tentera Udara A.S. dari tahun 1964 hingga 1998. Sebanyak 32 pesawat telah dihasilkan di mana 12 daripadanya musnah dalam kemalangan. Namun, tiada satu daripadanya yang musnah disebabkan tindakan musuh.

SR-71 diberikan beberapa nama samaran, termasuk "Blackbird" dan "Habu". Pesawat ini memegang rekod dunia untuk pesawat "air-breathing" paling pantas sejak tahun 1976, rekod ini sebelum ini dipegang oleh Lockheed YF-12.

Kelajuan maksima yang pernah dicatatkan adalah 3,661 kilometer sejam dan menelan kos pembuatan mencecah RM132 juta seunit.

1. North American X-15

north american x 15 5 pesawat paling laju di dunia

North American X-15 adalah pesawat berkuasa roket hipersonik dioperasikan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Pentadbiran Angkasa dan Aeronautika Nasional sebagai sebahagian daripada siri eksperimen pesawat-X.

Rekod rasmi X-15 yang dicatakan bagi pesawat paling laju di dunia yang pernah direkodkan dilakukan pada 1967 apabila William J. Knight memandu pesawat ini dengan kelajuan 7,274 kilometer sejam.

Dengan kelajuan ini, anda boleh ulang alik dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru sebanyak hampir 9 kali, dalam masa 1 jam.

Previous
Next Post »
loading...