Kredit foto: suria.my
Ketua kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim menegaskan pembubaran kumpulan trio itu tidak ada kena-mengena dengan gimik untuk melariskan tiket Konsert Gergasi KRU 25 yang dijadualkan berlangsung bulan hadapan di Istana Budaya.
Sebaliknya, Norman berkata, ia dibuat bertujuan membuka ruang kepada ketiga-tiga anggota dalam memberikan komitmen penuh terhadap perancangan masa depan masing-masing.
"Pengumuman yang dilakukan ini bukannya gimik untuk lariskan tiket kerana bagi kami setiap yang bermula pastinya ada penghujungnya.
"Kalau nak dikatakan pembubaran ini adalah untuk lariskan tiket adalah tidak benar kerana tiket konsert kami yang bakal berlangsung itu telah dijual sebanyak 80%," katanya kepada portal Astro Gempak.
Beliau
Dalam masa sama, kata Norman, kumpulan adik-beradik itu telah menyelesaikan misi perjuangan mereka dalam bidang muzik, sekaligus tiada apa lagi yang hendak dicapai pada masa mendatang.
Kredit foto: Instagram KRU
"Sebenarnya tiada apa lagi yang kami mahu capai atau kejar kerana KRU sendiri sudah mengecap pelbagai sejarah manis dalam kerjaya seni.
"Kami sudah melalui pelbagai fasa dan inilah fasa penutupnya dalam kerjaya seni sebagai anggota kumpulan KRU," katanya.
Konsert Gergasi KRU 25 bertempat di Istana Budaya akan berlangsung pada 4 hingga 6 Mei ini.
Tiket boleh didapati di laman sesawang www.kruarena.com.

Kesan Tarif Trump, Harga Teh Matcha Mungkin Mening ...

Bsh Umum Tiga Warna Baharu Skuter Honda Vario 160 ...

Penduduk, Ngo Sokong Tindakan Penguatkuasaan Keraj ...

Tanah Masjid Diceroboh, Penduduk Dakwa Jais Tak Se ...