loading...

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Membasuh Pakaian Yang Baru Dibeli

kenapa perlu basuh baju baru 512

Ramai yang suka akan pakaian baru yang terdapat dalam pasaran "online" mahupun "offline". Pakaian tersebut pasti kelihatan sempurna di mata pengguna kerana masih mempunyai warna yang tidak luntur,garisan yang kemas dan rapi. Jika anda membeli pakaian baru, adakah anda hanya perlu membuang tag harga dan terus memakainya tanpa perlu membasuh?

Sesetengah orang merasakan bahawa mencuci pakaian baru sebelum memakainya dapat melunturkan warna dan merosakkan struktur asalnya. Mungkin pendapat tersebut benar, tetapi jika anda tahu kelebihan membasuh pakaian baru, pasti anda tidak menghiraukan lagi pendapat tersebut.

basuh baju

Terdapat  tiga sebab yang baik untuk mencuci pakaian baru sebelum anda memakainya seperti seluar dan kemeja yang dipakai secara langsung terus mengenai kulit anda. 

Pewarna (dye)

pewarna baju

Antara punca utama yang menyebabkan untuk mencuci pakaian baru adalah membersihkan pewarna tambahan yang terdapat pada pakaian tersebut. Kebanyakan kain yang diperbuat daripada serat sintetik seperti polister atau akrilik yang diwarnakan dengan pewarna azo aniline.

Pewarna ini boleh menyebabkan reaksi terhadap kulit yang boleh menjadi teruk bagi sesetengah orang terutama pada kulit kanak-kanak yang berkemungkinan mempunyai alahan kulit. Alahan kulit akan menyebabkan terjadinya ruam, kulit kering dan kegatalan kulit.

Donald Belsito merupakan seorang profesor dermatologi dari Pusat Perubatan Universiti Colombia. Beliau berkata bahawa pakaian yang kelihatan bersih itu tidak semestinya bersih walaupun ianya baru kerana bahan pewarna dan resin formaldehida boleh menyebabkan tindak balas alergi pada bahagian kulit.

Memindahkan bakteria

pemindahan bakteria 198

Kebanyakkan orang akan ke bilik persalinan untuk mencuba pakaian sebelum membelinya. Bilik persalinan juga boleh menjadi tempat pembiakan kepada bakteria-bakteria tersebut. Ia boleh memindahkan kutu, kudis, bakteria dan kulat dari seseorang ke seseorang yang lain apabila pakaian tersebut dicuba.

Kita tidak tahu berapa banyak tangan telah mencuba pakaian tersebut. Lebih baik anda membasuh pakaian tersebut jika tidak mahu berkongsi penyakit kerana bakteria juga boleh dipindahkan melalui pakaian.

Menghapuskan bahan kimia

penghapusan bahan kimia

Perkara yang paling mustahak sekali adalah pakaian baru perlu dibasuh untuk menghapuskan kemasan kimia pada pakaian seperti Formaldehid Urea yang berfungsi sebagai agen untuk meningkatkan kualiti warna atau tekstur. Kemasan tersebut tidak akan membabitkan semua orang kecuali bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Mereka  boleh mengalami ruam terutamanya pada kawasan tertentu pakaian seperti ketiak, kolar, bahagian pinggang dan paha.

Formaldehid Urea merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah fungus daripada terbentuk pada pakaian yang perlu di eksport ke negara lain. Bahan kimia ini mempunyai bau yang sangat tajam yang akan kekal di kain sehingga pakaian itu dicuci. Satu cucian mungkin tidak akan mengeluarkan semua formaldehida sepenuhnya tetapi dapat mengurangkan resin  dan formaldehida akan terus dikeluarkan dengan setiap kali cucian.

Membasuh pakaian bayi

basuh baju bayi

Sangat penting supaya pakaian kanak-kanak terutamanya pakaian untuk bayi perlu dibasuh sebelum dipakai. Bayi sangat sensitif terhadap bahan kimia dan ruam pada kulit boleh berlaku. Pilih sabun pencuci yang bebas wangi dan pewarna tiruan kerana pewarna sabun pencuci dan aroma wangian juga boleh menyebabkan reaksi pada kulit. Tambahan pula, apabila mencuci pakaian baru untuk kanak-kanak, ia akan membuat mereka rasa pakaian tersebut lebih lembut dan lebih selesa apabila dipakai.

Membasuh pakaian akan membantu untuk mengeluarkan beberapa pewarna berlebihan. Anda harus memeriksa air bilasan selepas cucian. Jika pakaian tersebut turun warna di dalam air, maka anda perlu mencuci secara berasingan atau dengan warna pakaian yang sama denganya. Ia mungkin mengambil masa untuk menghilangkan pewarna yang berlebihan dan mencegah kerosakan pada pakain yang lain.

Membasuh tuala baru juga penting untuk mengeluarkan bahan kimia yang terdapat pada tuala tersebut. Pencucian tuala juga akan meningkatkan penyerapan fabrik dengan mengeluarkan pelapis serat pada permukaan kain.

Kesimpulannya, jika anda sangat mengambil berat tentang kesihatan anda, ini satu-satunya perkara yang perlu dilakukan dengan mencuci pakaian baru sebelum memakainya. 

Previous
Next Post »
loading...