loading...

5 Pemimpin Tertinggi Negara Yang Paling Lama Memerintah Dalam Sejarah

Kebanyakan kerajaan di seluruh dunia diketuai oleh pemimpin yang dipilih secara demokratik, yang mana kebanyakannya mempunyai had tempoh berkhidmat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pemimpin yang mempunyai tempoh yang sangat panjang dalam kepimpinan dengan lapan orang menjadi pemimpin negara lebih daripada 40 tahun. 

najib razak perdana menteri malaysia ke 6

Dalam sejarah Malaysia, pemimpin tertinggi paling lama memerintah iaitu sebagai Perdana Menteri adalah Tun Dr. Mahathir Muhammad. Beliau memegang tampuk kepimpinan Malaysia selama 22 tahun bermula dari tahun 1981 hingga 2003. Dan Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Dato' Seri Najib telah berkhidmat selama 9 tahun.

iluminasi.com kongsikan 5 pemimpin tertinggi negara yang paling lama memerintah dalam sejarah dunia.

5. Paul Biya - Cameroon

paul biya 5 pemimpin tertinggi yang paling lama memerintah di dunia

Paul Biya adalah satu-satunya individu dalam senarai ini yang masih memegang jawatan tertinggi di negaranya. Beliau merupakan presiden Cameroon ketika ini, gelaran yang telah dipegang selama 35 tahun.

Selain daripada memegang jawatan presiden, Paul Biya pada mulanya adalah Perdana Menteri Cameroon yang pertama yang berkhidmat selama 7 tahun iaitu dari 1975 hingga 1982. Beliau juga adalah satu-satunya individu yang berkhidmat sebagai ketua negara lebih dari 40 tahun.

Selepas perletakan jawatan bekas presiden, Ahmadou Ahidjo yang berkhidmat selama 22 tahun dari 1960 hingga 1982, Biya telah mengambil alih jawatan tersebut sehingga kini.

4. Yumjaagiin Tsedenbal - Mongolia

yumjaagiin tsedenbal 5 pemimpin tertinggi yang paling lama memerintah di dunia

Yumjaagiin Tsedenbal adalah pemimpin Mongolia yang bertugas sebagai perdana menteri negara serta setiausaha umum Partai Rakyat Mongolia. Yumjaagiin merupakan meegang jawatan tertinggi di negara itu bermula pada 8 April 1940. Beliau berkhidmat selama 44 tahun sehingga 23 Ogos 1984 apabila beliau bersara.

Yumjaagiin juga merupakan individu termuda yang menjadi Setiausaha Agung Parti Revolusioner Rakyat Mongolia, iaaitu pada usia 23 tahun. Yumjaagiin diberikan kuasa sebagai Perdana Menteri Mongolia pada tahun 1952 berikutan kematian pendahulunya, Marshal Khorloogiin Choibalsan.

Yumjaagiin Tsedenbal meninggal dunia pada 20 April 1991 di Moscow pada usia 74 tahun.

3. Kim II-sung - Korea Utara

kim ii sung 5 pemimpin tertinggi yang paling lama memerintah di dunia

Kim Il-Sung yang juga merupakan datuk kepada pemimpin Korea Utara ketika ini iaitu Kim Jong-un, merupakan ketua pengasas Korea Utara dan merupakan ketua negara terpanjang dalam sejarah negara yang berkhidmat sebagai pemimpin tertinggi negara itu, iaitu selama lebih dari 45 tahun.

Kim juga merupakan antara ketua negara bukan dari kalanga kerabat diraja yang paling lama berkhidmat di ke-20 abad. Kim memegang beberapa peranan kepimpinan termasuk Perdana Menteri Korea Utara dari tahun 1948 hingga 1972 dan Presiden Korea Utara dari tahun 1972 hingga kematiannya pada tahun 1994.

2. Chiang Kai-shek - China

chiang kai shek 5 pemimpin tertinggi yang paling lama memerintah di dunia

Juga dikenali sebagai Jiang Zhongzheng, Chiang Kai-shek adalah ketua tentera dan politik terkemuka di China yang berkhidmat sebagai ketua Republik China. Chiang Kai-shek adalah ketua negara yang paling lama berkhidmat di China yang memerintah negara itu selama 47 tahun, yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Dia menghabiskan masa 22 tahun menerajui kepimpinan Tanah BesarChina dan 25 tahun sebagai pemerintah Taiwan. Chiang berkhidmat sebagai pengerusi Majlis Ketenteraan Negara dari tahun 1928 hingga 1948 apabila pasukan yang setia kepada Parti Komunis China mengusirnya semasa Perang Saudara Cina. Ia membuatkan Chiang melarikan diri ke Taiwan di mana beliau memerintah sebagai Presiden Taiwan sehingga kematiannya pada 5 April , 1975 di Taipei.

1. Fidel Castro - Cuba

fidel castro 5 pemimpin tertinggi yang paling lama memerintah di dunia

Fidel Castro adalah pemimpin Cuba dan memegang beberapa jawatan kepimpinan tertinggi termasuk Presiden Cuba, Perdana Menteri, dan Setiausaha Pertama Parti Komunis Cuba. Fidel Castro adalah ketua kerajaan yang paling lama berkhidmat sebagai Presiden Cuba selama lebih dari 50 tahun.

Fidel mengambil alih kepimpinan di Cuba pada tahun 1959 sebagai Perdana Menteri setelah memimpin kumpulan gerila yang berjaya melawan pasukan kerajaan yang ketika itu diterjaui oleh Presiden Fulgencio Batista.

Beliau kemudian menjadi Presiden Cuba pada 2 Disember 1976 dan berkhidmat sebagai ketua negara sehingga 19 April 2011 dan digantikan oleh adiknya Raul Castro. Fidel Castro meninggal dunia pada 25 November 2016 pada usia 90 tahun.

Previous
Next Post »
loading...