1. Wanita Hari Ini (WHI)
Waktu siaran: 12.00-1.00 petang
Saluran: TV3 (103)
Topik: Gagal Akademik, Masih Ada Masa Depan
Pelajaran pastinya penting buat anak-anak. Kecemerlangan mereka dalam pelajaran bergantung kepada kebolehupayaan mereka untuk menerima pembelajaran.
Ada segelintir pelajar yang dapat belajar dengan baik dalam bentuk teori. Namun, ada juga yang lebih berkemahiran sekiranya belajar tentang pendidikan melalui cara kemahiran dan vokasional.
Maka, kegagalan dalam akademik tidak bermaksud kegagalan dalam kehidupan. Ternyata, pelbagai lagi peluang buat golongan ini sekiranya ada kemahuan untuk berjaya.
Kewujudan pelbagai institusi kemahiran adalah bagi menolong golongan ini. Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena membincangkan mengenai isu ini bersama tetamu di studio.
2. Hogu's Love
Kredit foto: Rakuten Viki
Waktu siaran: 4.00 petang-5.00 petang
Saluran: NTV7 (107)
Hogu’s Love atau Fool Love adalah adaptasi dari sebuah webtoon. Drama bersiri ini mengisahkan tentang seorang lelaki, Kang Ho Gu (Choi Woo Shik) yang dikenali dengan sifat lurus bendul dan selalu dipergunakan oleh orang lain, namun dia tetap tersenyum seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Ho Gu selalu bernasib malang apabila melibatkan soal cinta kerana sifat lurus bendulnya. Ho Gu sering dipermainkan perempuan sehingga dia bertemu semula dengan cinta pertamanya, Do Do Hee (UEE) yang telah berjaya menjadi atlet renang pasukan kebangsaan dan terkenal kerana kejelitannya.
Mereka sering meluangkan masa bersama dan akhirnya berpisah kerana Do Hee harus menjalani pembedahan. Tanpa pengetahuan Ho Gu, Do Hee mempunyai sebuah rahsia yang boleh memusnahkan populariti dan kerjayanya.
Do Hee merahsiakannya dari sesiapa kecuali Byun Kang Chul (Im Seul Ong), seorang pengacara kaya yang mempunyai pengalaman buruk dengan Do Hee.
Sinopsis hari ini:
Do Hee menjemput Ho Gu untuk keluar makan bersamanya. Selepas itu, dia terus meninggalkan Ho Gu bersendirian. Ho Gu patah hati dan mabuk sehingga menyebabkan kekecohan di sebuah kedai. Dia akhirnya mencari Do Hee.
3. POP! Express
Waktu siaran: 6.30-7.00 petang
Saluran: NTV7 (107)
Dapatkan berita hiburan tempatan dan antarabangsa terkini setiap hari bersama barisan pengacara anda seperti Maggy Wang, Ain Edruce, Shalma Ainaa, Shukri Sahar dan Aaron Al-Fateh. Turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti jemputan tanah air.
4. Slot Akasia: Zahir Tak Terucap
Waktu siaran: 7.00-8.00 malam
Saluran: TV3 (103)
Sinopsis penuh:
Drama bersiri 13 episod ini berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.
Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.
Sinopsis hari ini:
Noraini melihat usaha dan kejujuran Aireen dalam menolong mereka. Dia berjanji akan satukan dengan Hisyam selepas situasi reda. Namun, Hisyam tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Sumber:
1. Facebook WHI
2. Little Pisces Treasure
3. Instagram Pop TV Express
4. Wikipedia Zahir Tak Terucap